[SELEBRAN: YANG MULIA RT. REV. BAPA USKUP JULIUS D. GITOM]
Sebaik sahaja bacaan Injil, Bapa Uskup Julius memberkati daun-daun palma dan para umat yang sedang memegang daun-daun tersebut sebagai simbol kegembiraan atas kemenangan menentang ‘musuh’ utama iaitu dosa kita sendiri. Mereka kemudian balik ke Katedral bagi meneruskan perayaan ekaristi dengan berarak dari Dewan ke Katedral yang didahului pelayan altar, pewarta, pelayan komuni, Bapa Uskup, koir dan diikuti pula oleh semua umat.
[UMAT KATOLIK DARI BERBAGAI BANGSA]
Berlandaskan kepada jalan cerita Minggu Palma, pengikut-pengikutnya yang menyambut ketibaan Yesus ke Yerusalem dengan megah dan gembira juga adalah diantara orang-orang yang menuntut kematian Yesus. Ini diumpamakan seperti menikam Yesus dari belakang dan hidup dalam kepura-puraan malahan tidak setia kepada Yesus. Bapa Uskup mengajak para umat agar merenung tentang kekuatan dan komitmen mereka terhadap iman mereka, tentang kekerapan berlakunya ketidaktaatan kepadaNya dan tidak konsisten mempertahankan ajarannya. Beliau menyeru kepada semua agar mengikis sikap sedemikian dalam menjalani hidup sebagai Kristian Katolik yang sejati.