KG. KIABAU, TELUPID. 23 Mei 2009. Umat Katolik merayakan Tadau Kaamatan dengan tema : “Memperkayakan Semangat perpaduan melalui kebudayaan”. Tadau Kaamatan tersebut adalah anjuran Komiti Khas Perayaan Paroki Telupid. Tahun ini Kg. Kiabau menjadi Tuan Rumah. Perkara yang indah dan menarik dalam penganjuran ini adalah bermula dari Gereja itu sendiri yang dianggotai oleh para pemimpin umat. Tadau Kaamatan adalah merupakan perayaan ‘Ekaristi’ yang bermaksud ‘Syukur terima kasih’ kepada Tuhan Pencipta . Gereja mentahirkan dan mempertahankan nilai-nilai murni serta menerangkan keindahan budaya sesuatu bangsa. Sudah tentu perayaan ini dirayakan dengan pewartaan Sabda Tuhan. Penekanan ini disampaikan melalui ‘katekisis’ sebelum perayaan dan semasa perayaan Ekaristi diadakan.
Kanak-kanak Katolik St. Fidelis Kg. Kiabau berpakaian tradisional semasa menghadiri perayaan Ekaristi. Mereka telah mempersembahkan tarian tradisi budaya dari suku kaum mereka.
SELEPAS perayaan Ekaristi Bapa Uskup + Rt. Rev. Julius D. Gitom telah merasmikan dan memberkati upacara menuai padi.
Bapa Uskup + Rt. Rev. Julius D. Gitom seterusnya memukul gong sebagai tanda bermulanya Majlis Pesta Tadau Kaamatan paroki Telupid yang bertempat di kg. Kiabau yang akan diadakan di dewan muhibbah kg. Kiabau.
Rev. fr. Bruno A. Yasun Rektor paroki Ranau menerima cenderakenangan dari pengerusi encik Dedacius Ireneus sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pelayanan yang mereka terima.
Rev. fr. Marcellinus Pongking Rektor paroki Telupid telah menerima cenderakenangan dari pengerusi encik Dedacius Ireneus sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pelayanan yang mereka terima.
Rev. fr. Thomas Makajil Rektor paroki Sandakan juga menerima cenderakenangan dari pengerusi encik Dedacius Ireneus sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pelayanan yang mereka terima.
Rt. Rev. Bishop Julius D. Gitom Bapa Uskup Keuskupan Sandakan juga telah menerima cenderakenangan dari pengerusi encik Dedacius Ireneus sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pelayanan yang mereka terima.
SETERUSNYA Rektor Rev. Fr. Marcellinus Pongking menyampaikan ‘sirung’ dan ‘wakid’ sebagai Tuan Rumah Tadau Kaamatan Peringkat Paroki Telupid yang akan di adakan di kg. Lumou pada tahun 2010 nanti.
Bishop Julius memberkati benih padi untuk disemai pada tahun ini.
ALBUM KENANGAN bersama paderi dan penganjur Tadau Kaamatan.
dengan upacara memotong kek dan doa makan.
BELIA KATOLIK meyerikan perayaan ini dengan persembahan-persembahan pentas.
Belia telah berjaya melakun drama legenda ‘Huminodun’
Lagenda ‘Huminodun’ puteri yang dikorban oleh ‘Kinoingan’ yang mengasihi umat manusia yang menderita kekurangan makanan. ‘Humindun’ yang sanggup dikorbankan itu telah tumbuh sebagai tanaman makanan utama manusia dan roh ‘Huminodun’ dikenali ‘bambarayon’ bersama dalam tumbuhan tersebut.
Belia juga mempersembahkan tarian tradisi.
Lagenda ‘Huminodun’ mempunyai persamaan kepercayaan dengan Gereja yang mempunyai kasih sayang dan kesanggupan untuk berkorban untuk sesama. Bahawa bangsa Kadazandusun juga tidak terlalu sukar untuk mengerti rencana penyelamatan Allah melalui puteraNya Yesus Kristus yang sanggup berkorban demi keselamatan manusia dari dosa.
Oleh: Soccom Sandakan.