Kem Muzik dan Konsert – ‘Dahsyat, Engkau Hebat!’
*** Sila klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas dan bersaiz besar. Terima kasih.
Tim Penganjur
[Kiri – kanan (Berlutut)] Miriam Lee, Roselyn AB, Maria Lourdes Dy, Pearl B Lim, Arlene Abel dan Dulcie Fiel
Dengan bimbingan Sr Appolonia Gumpu dan Sr Liliana Gubud, fsic, sebagai memperhebat persiapan pihak penganjur, satu Triduum Persiapan Rohani telah dibuat sebelum bermulanya Kem Muzik dan Konsert tersebut. Hari pertama iaitu pada 8hb Jun 2009 telah dihadiri oleh Tim Penganjur dan Tim Belia Paroki Katedral St. Mary,
Kem itu telah dijalankan selama 3 hari 2 malam (bermalam) iaitu pada 12hb hingga 14hb Jun 2009 bertempat di Dewan Paroki Katedral St Mary,
Aksi-aksi beberapa kumpulan peserta dalam aktiviti mencipta rentak lagu menggunakan peralatan dapur.
Sepanjang kem ini, pelbagai input telah mereka terima melalui ceramah-ceramah yang dikendalikan dalam gabungan Bahasa Melayu dan Inggeris. Penceramah-penceramah jemputan adalah terdiri daripada Fr Thomas Makajil, Rektor Katedral St Mary dengan tajuk ceramahnya, Faith & Music dan Sr Liliana Gubud, fsic memperkatakan tentang Music & Liturgy. Selain itu, dua orang yang cukup berpengalaman dalam muzik turut menjadi penceramah pada kem tersebut iaitu saudara Romeo Cordova yang memperjelas tentang Praise & Worship dan saudara Michael Lai dengan ceramahnya bertajuk Music in Old and Modern World. Semua ceramah tersebut dapat disimpulkan bahawa kita dapat membina iman melalui muzik dan pelayanan dalam muzik berbeza dari segi caranya dimainkan mengikut tujuan, situasi dan tempat serta muzik juga akan berubah selari dengan peredaran zaman. Selain ceramah, pelbagai aktiviti juga dijalankan antaranya ialah mencari harta karun dan mencipta tarian dari lagu-lagu rohani. Aktiviti tersebut melatih para peserta untuk berkerjasama dalam kumpulan. Sesi menyanyi dan penghayatan lagu bersama juga ada iaitu Music Heals dan Expression of Music dengan iringan kugiran.
(Kanan) Sr Liliana gubud bersama belia turut hadir menonton konsert.
Kehadiran umat menambah semangat kepada Tim Penganjur untuk melakukan konsert yang terbaik.
Ahli kugiran bermain alat muzik dan menyanyi dengan dengan penuh perasaan pada konsert tersebut membuat para peserta dan hadirin terpaku, terharu…
Pada malam 13hb Jun, selepas Misa Kudus petang, Konsert Y2J 2009 telah dilangsungkan di tempat yang sama. Fr Thomas Makajil, Sr Liliana, fsic dan sebilangan umat awam turut hadir memberi sokongan kepada acara tersebut dan sama-sama bergembira menyanyi bagi Tuhan. Sebelum konsert bermula, para peserta mengikut kumpulan mempersembahkan hasil kekreatifan mereka mencipta rentak lagu menggunakan peralatan dapur. Kemudian, selepas Fr Thomas memimpin doa pembukaan, konsert telah dimulakan dengan lagu-lagu pujian antaranya adalah lagu Tema iaitu Dashyat, Engkau Hebat (True Worshippers Youth), I’m Not Ashamed (Hillsong United) dan Shout Your Name (Hillsong Australia).
Pada hari berikutnya, sebagai sesi penamat Kem Muzik dan Konsert Y2J 2009, satu sesi prayover khas telah dikendalikan oleh para pembimbing dari Star of Yahweh Covenant Community (SYCC). Pada sesi tersebut, para peserta didoakan dengan bantuan Roh Kudus bagi menyentuh hati dan membakar semangat mereka agar menjadi berani dan kuat untuk menjadi Saksi Kristus, menjalankan misi mereka sebagai belia dengan menyebarkan pegalaman berharga sepanjang kem, menginjil serta melakukan pelayanan mereka melalui muzik.
Sambil para peserta menjalankan misi tersebut, Tim Pelayanan Muzik Belia Katedral St Mary,
Oleh DSsj
*** Perkongsian dari beberapa peserta dan pihak penganjur akan menyusul kemudian.