1. Apakah makna bagi diri anda sebagai seorang umat untuk Sambutan Ulangtahun kedua Keuskupan Sandakan?


2. Apakah harapan anda pada Keuskupan Sandakan untuk tahun-tahun akan datang?



Merlyn Barrios

50, F, Filipino

Tawau, Sabah





“Pertama sekali, saya sangat gembira dan bangga sambutan telah diadakan di paroki kami, Gereja Holy Trinity. Saya gembira saya berpeluang bersemuka dengan para Paderi, Religius dan para umat dari sekitar Sabah. Selepas 2 tahun, KKD telah terbentuk di setiap paroki di bawah naungan Keuskupan Sandakan. Untuk pengalaman sendiri, selepas terlibat secara aktif dalam KKD, hidup saya menjadi lebih baik. Hidup saya pada sebelumnya agak kosong dan banyak masalah. Saya hampir berputus asa sehingga saya mengenali KKD. Ia telah memberi saya dan keluarga saya banyak faedah terutama melalui perkongsian Alkitab Suci yang membuatkan saya kini benar-benar bersyukur di mana keluarga saya semakin mendekati Tuhan. Umat dalam kelompok KKD pula saling berkongsi masalah dan menyelesaikannya bersama seperti sebuah keluarga besar dalam masyarakat setempat.”



“Setiap umat dalam Keuskupan Sandakan mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan Khabar Gembira kepada orang lain yang belum mengenal Yesus Kristus, Tuhan dan Juruselamat kita. Maka, saya berharap bahawa semua umat akan sentiasa hidup dengan penuh keimanan Kristus dan saling memberi sokongan kepada satu sama lain. Pada masa akan datang, saya berharap agar komiti-komiti Paroki akan menganjurkan lebih banyak aktiviti-aktiviti kebajikan seperti melawat orang sakit di hospital, di rumah-rumah mereka dan juga melawat rumah orang tua-tua. Kita harus melayani mereka dengan memberi cinta kasih Tuhan, memberi perhatian dan meluangkan masa untuk mendengar luahan isi hati mereka selain memberi hadiah-hadiah bagi menceriakan mereka. Saya juga berharap bahawa Keuskupan Sandakan akan menjadi lebih kuat serta teguh untuk tahun-tahun akan datang.”



Petrus Boki

76, M, Timorese

Tawau, Sabah

“Saya rasa teruja kerana perayaan ini mendapat sambutan yang baik di mana semua umatnya merasai kesyukuran bersama. Saya dapat melihat umat dari pelbagai bangsa menghadiri hari penting bagi Keuskupan Sandakan. Ia membawa makna bahawa kita bersatu sebagai satu Gereja dalam Keuskupan Sandakan. Saya juga gembira kerana selepas Keuskupan mencapai 2 tahun, terdapat ramai generasi muda yang menyertai banyak tim pelayanan dalam paroki kita secara aktif.”



“Harapan saya untuk Keuskupan Sandakan pada masa akan datang ialah lebih ramai orang yang datang untuk menyertai Gereja kita untuk mengetahui dan mendalami iman Kristian Katolik supaya mereka juga dapat mengalami keEsaan dan Cinta kasih Tuhan yang tidak berbelah bagi.”