SANDAKAN : Jenayah ‘jual orang’ atau lebih dikenali sebagai pemerdagangan orang yang semakin berleluasa pada masa kini, mendorong lagi Archdiocesan Human Development Committee (AHDC) Kota Kinabalu dengan kerjasama International Catholic Migration Commission (ICMC) Indonesia membuka langkah pendedahan kepada seluruh umat katolik di Sabah melalui “roadshow”.

Para umat yang hadir

“Roadshow” ini telah diadakan di dewan paroki Katedral St. Mary Sandakan pada Ahad 8hb November 2009 dihadiri hampir 100 orang umat.

Objektif utama program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai isu pemerdagangan manusia.

Selain itu, dapat meningkatkan lagi komitmen masyarakat dalam usaha menangani jenayah ini di samping mewujudkan jaringan kerjasama di kalangan masyarakat umum.

“Pemerdagangan orang, perhambaan masa kini” merupakan tema program “roadshow” ini.

Jennifer Majalap

Salah satu objektif program ini adalah bagi memperkenalkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (AKTA 670) yang belum diketahui ramai di Sabah, menurut Jennifer Majalap, salah seorang penganjur program ini.

DJ Otoh

Penglibatan umat paroki amat menggalakkan terutamanya dari golongan belia dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyampai radio terkenal iaitu DJ Otoh yang juga salah seorang ahli penganjur program ini.

“Kepada belia-belia, saya mengharapkan supaya mereka peka bahawa adanya isu-isu yang seperti ini. Dan dari segi religious perkara sebegini memang salah dari sisi agama dan undang-undang” kata Sr Lilian Unso fsic yang juga menghadiri program ini.

artikel oleh Shirley Yong dan gambar oleh Scoffal