Penganjur bersama pasukan yang menang
Sandakan- Ahad, 6hb Disember 2009, 10 pasukan telah menyertai Pertandingan Y2J Street Soccer 2009 yang pertama kali dianjurkan oleh Tim Pelayanan Muzik Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan. 10 pasukan tersebut adalah Soneta Group, Tumpung, Flores Utd, Lansi, Knights, Cofee Mark FC, Si Ampal Beli Sarsi, Bad Jackas, Suzuran FC dan KKD Merak.
Bapa Uskup sewaktu acara pembukaan dan perasmian
Upacara pembukaan dan perasmian disempurnakan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dengan doa pembukaan kemudian membuat satu tendangan jaringan gol. Cenderahati berupa jersi yang bertulis Bishop dan bernombor satu disampaikan oleh Cristopher Aban selaku pengerusi Tim Pelayanan Muzik Belia Paroki. Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan, Bapa Uskup mengongsi pengalaman bermain bola. “Sukan sebegini amat baik untuk kesihatan fizikal, mental serta rohani para belia”, katanya. Turut hadir ialah Sr Lilian Unsoh, John Baptis (Pengerusi MPP) dan Patrick Seah (Bendahari MPP).
Para tetamu kehormat
Pertandingan tersebut telah berlangsung di bekas gelanggang bola keranjang, Katedral St Mary. Pasukan Soneta Group dan Flores Utd yang kedua-duanya terdiri daripada belia Komiti Timor layak ke pusingan penentuan juara. Hasil kerjasama antara pemain sepasukan dan kemahiran bermain bola yang hebat telah menempatkan Pasukan Soneta Group sebagai Juara bagi Y2J Street Soccer 2009. Ketua pasukannya ialah Franciscus Yosep dan anggota lain ialah Yosep Paulus, Rovinus Yosep, Donatus Yosep dan Emanul Jermias. Manakala, tempat ketiga dan keempat masing-masing telah dimenangi oleh Pasukan Suzuran FC dan Pasukan Si Ampal Beli Sarsi.
Lansi bersama Soneta Group
Tumpung
Knights
KKD Merak
Cofee Mark FC
***Harap maaf, gambar Pasukan Bad Jackas tidak dapat disiarkan.
Pengadil-Roney Roger Sining
Sedang beraksi
Detik-detik perlawanan akhir
Keempat-Si Ampal Beli Sarsi
Ketiga-Suzuran FC
Sekadar berpuas hati di tempat kedua-Flores Utd
Detik kemenangan-Soneta Group
4 pasukan yang memenangi kejuaraan Y2J Street Soccer 2009
2 hari sebelum pertandingan iaitu pada hari Jumaat, 4hb Disember 2009, beberapa ahli Tim Pelayanan Muzik Belia Paroki berkumpul di Konven St Mary, Sandakan untuk membuat persiapan rohani khas bagi pertandingan ini. Upacara telah dipimpin oleh Sr Lilian.
“…dan berlari-lari kepada tujuan untuk memperoleh hadiah, iaitu panggilan syurgawi dari Tuhan dalam Kristus Yesus…” (Fil 3:12-21). Petikan alkitab ini diambil bersesuaian dengan pertandingan. Sr Lilian berkongsi bahawa beliau melihat perlawanan Street Soccer dengan lebih bermakna dan mendalam kerana sewaktu bermain dan berusaha menjaringkan gol, ia seumpama para belia yang menempuhi pelbagai rintangan hidup menuju pada Yesus. Jika mereka mahir menyelesaikan masalah dan menggunakan cara yang betul maka akan dapatlah sampai ke tujuan sebenar dalam hidup iaitu syurga.
Persiapan Rohani
Selain itu, persiapan rohani yang turut memuatkan sesi doa Rosari dan tayangan slide show futsal juga bertujuan memohon pada Bapa di Syurga agar memberikan cuaca yang baik pada hari tersebut serta perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar. “ Kita sememangnya bimbang mengenai cuaca pada hari itu nanti namun, jika kita ada iman yang kukuh terhadap Dia dan berdoa, tentu sekali apa yang dipohon akan termakbul. Serahkan kepercayaan penuh (Faith) kamu kepada Tuhan”, tambah Sr Lilian.
Cristopher Aban
Beberapa ahli Tim juga membuat perkongsian. “Tidak terlintas di fikiran saya bahawa aktiviti ini akan mempunyai pengaruh yang besar terhadap belia di paroki kita. Terima kasih kepada Sr Lilian yang sudi memimpin persiapan rohani ini. Ia telah membuka minda kami selaku penganjur bahawa sukan juga memainkan peranan dalam penyebaran injil, memanggil para belia untuk mendekati serta kembali ke gereja”, kata Cristopher Aban.
Rodney Roger Sining
“Saya berharap objektif bagi pertandingan ini tercapai. Semoga para belia yang menyertainya saling mengenal dan merapati antara satu sama lain serta mempengaruhi sesama untuk terlibat secara aktif pada pelbagai aktiviti kerohanian pada masa akan datang”, kata Rodney Roger Sining, pengurus projek tersebut.