Sandakan: ‘Breathe Again’, inilah tema Kem dan Bengkel Muzik Y2J 2010 yang dipetik dari alkitab, Roma 12:2.



Tim Pelayanan Muzik Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan membuat kelainan pada tahun ini dengan menjemput artis yang telah lama berkecimpung dan berpengalaman dalam bidang muzik tanah air iaitu Juwita Suwito bersama ahlinya, Alena Tan, Wagner Daniel, Tony Leo Selvaraj dan Josh Fibre untuk menjadi penceramah utama.

Kem tiga hari dua malam yang bermula pada petang Jumaat, 25hb dan berakhir pada petang Ahad, 27hb Jun ini secara amnya berkenaan dengan bagaimana membentuk bakat para belia, terutamanya dalam bidang muzik, agar mereka menggunakan sebaik mungkin bakat tersebut dalam pelayanan khasnya di paroki masing-masing dan umumnya di Keuskupan Sandakan.

75 orang termasuk AJK Penganjur terlibat dalam kem ini. Mereka terdiri daripada kumpulan yang bermain alat muzik seperti gitar, dram dan keyboard serta dari kumpulan vokalis yang sebelum ini pernah melayani di gereja masing-masing. Wakil-wakil adalah dari tiga paroki iaitu seramai 10 orang dari St. Dominic, Lahad Datu, 12 orang dari St. Martin, Telupid dan 53 orang dari St. Mary, Sandakan.


5 orang penceramah jemputan tersebut mempunyai sesi masing-masing mengikut bakat mereka. Juwita mengendalikan bengkel vokal manakala Alena untuk pemain keyboard/piano, Wagner untuk pemain dram, Tony untuk pemain gitar bass dan Josh untuk gitar utama.




Dalam bengkel vokal, antara teknik yang diajar oleh Juwita ialah kawalan pernafasan dan bagaimana melakukan latihan pernafasan yang betul agar dapat meningkatkan kualiti vokal mereka.




Alena memberi penjelasan mengenai chord chart and keyboard scale dalam kelasnya dan turut mengajar tentang prinsip-prinsip muzik dan bagaimana menulis kod lagu dengan pantas dan ringkas.

Bagi kelas gitar utama, Tony mengajar mereka berkenaan skala-skala gitar seperti pentatonik, minor, major dan sebagainya. Mereka juga diajar bagaimana hendak menjadi seorang pemain gitar yang versatil dengan menguasai kebanyakan genre lagu. Menurut Tony, dengan mempelajari pelbagai genre lagu, mampu menjadikan seorang pemuzik itu memiliki skil yang mengagumkan dalam muzik seperti yang dikatakan beliau, “New song is a great teacher”. Klip video juga ditayangkan bagi meningkatkan lagi pemahaman para peserta.

Kelas gitar bass oleh Josh pula, peserta belajar baca notesbeats training, guitar bass scaling serta tips-tips bermain dalam satu band


Wagner pula telah mengajar tentang teknik asas bermain dram, sejarah dram, terutamanya pada zaman dahulu, dram adalah yang paling di hadapan untuk memimpin bala tentera. Dia turut memperkenalkan cara-cara memegang drum stick, cara memukul, bagaimana membuat latihan yang meningkatkan kemahiran bermain dram, teknik kaki dan sebagainya. Dia turut menyebut, biarpun dram tersebut telah berkarat atau lama tetapi yang penting teknik mestilah betul, dapat main ikut timing yang tepat, dapat ‘lead the band on timing‘ sambil memberi kata-kata yang memberi inspirasi,“be faithful with your talents, encourage others to share their talents in church, spread your faith with love.”





Sesi Muzik dalam Liturgi telah disampaikan oleh Alexander Aban bagi menggantikan Sr Appolonia Gumpu, fsic yang tidak dapat hadir ke kem ini kerana pergi ke Tawau untuk menghadiri Hari Ulangtahun ke-74 Kongregasi Franciscan Sister di Sabah. Sesi yang mempunyai input terpenting ini telah mendidik para peserta bahawa muzik dan liturgi sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mereka diajar untuk membaca dan membuat perkongsian alkitab sebelum memulakan latihan koir agar segala lagu dan irama yang dinyanyikan atau dimainkan lebih dihayati maksudnya iaitu, puji-pujian bagi Tuhan. Sewaktu memulakan dan menutup latihan koir, haruslah dengan doa.

Para peserta sempat dihiburkan dengan suara lunak Juwita dan gandingan hebat para pemain muzik sewaktu program An Evening with Juwita Suwito and Team pada hari ke-2 kemAntara lagu yang didendangkan ialah lagu Juwita sendiri iaitu You and Me dan Breathe Again. Umat awam juga datang menyaksikan dan sempat membeli albumnya bertajuk For Real dan Take Five with Juwita Suwito at Avanti.

Hari terakhir, para peserta diuji dengan membuat persembahan band menggunakan teknik-teknik yang baru dipelajari. Mereka kemudiannya menerima nasihat dan komen daripada barisan penceramah. 












Juwita dan ahli kumpulannya berada di Sandakan sehingga petang Isnin. Mereka sempat dibawa melawat ke Sepilok Rehabilitation Centre dan tempat bersejarah, Rumah Agnes Keith ditemani oleh beberapa AJK Penganjur. 

Diharapkan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari kem ini benar-benar dapat dipraktikkan di gereja masing-masing.

*****************************************************************************************************************
Berikut merupakan perkongsian dari Pengurus Projek dan beberapa peserta kem:-




Cristopher Aban

Katedral St Mary, Sandakan

“Sebagai Pengurus Projek Kem dan Bengkel Muzik Y2J 2010, para peserta diberi peluang menikmati pengalaman yang berbeza dari kem sebelumnya. Pengalaman pertama adalah yang paling berharga dalam kehidupan kristiani, ia bukan sahaja memberikan pengajaran, malah peringatan bahawa hidup di dunia hanyalah sekali dan peluang untuk kita mendalami iman hanya diperoleh daripada kehidupan sekarang ini.”




“Seperti kata salah seorang daripada fasilitator kami dan juga terdapat dalam alkitab, be faithful with little things, faith through action and love dan banyak lagi, memberi peserta satu pengalaman yang berharga dengan berpeluang mengenali Tuhan melalui pelbagai karektor dalam hidup.”

“Sewaktu breakout sessions for all musician banyak memberi panduan kepada ahli-ahli muzik mendalami kemahiran muzik mereka, tetapi kali ini ditambah dengan faith spread through love, dapat memberi peserta satu memori yang terindah dalam menjalani pekerjaan Tuhan.”

“Sesi Music in liturgy memberi mereka kesedaran pentingnya muzik dalam liturgi misa kita dan berkhimat sebagai koir dalam liturgi adalah pekerjaan yang serius dan perlu diberi perhatian.

Namun, sedikit kesal kerana tidak ramai dari pihak koir kita di Paroki St Mary yang dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tetapi saya percaya Tuhan mempunyai rencanaNya yang tersendiri. Semoga yang hadir dapat berkongsi segala pengetahuan yang telah dipelajari demi kebaikan bersama. God Bless.”




Mark Nethanel Michael

Katedral St Mary, Sandakan
18 tahun

“Shallom…Well music plays a vital role in my life. After participating the camp, I have gained a lot of knowledge especially in music theory. Thanks to the facilitator, Josh Fibre, for his approach in  presenting the lesson is so simple yet very knowledgeable.”

“Other than that, the input during “how to play in a band” is very informative because it really brings me back to my younger years playing very “cincai”. Thanks again to the speaker, Wagner Daniel and Tony Leo.”

“In a nutshell, talents that God gave us must be put in great use. It doesn’t have to be music for us to give back to the church. It can be anything.” This is a quote from Josh’s session. He said that, “We learn the rules to play music, but we break the rules when we play it”. It was truly an awesome quote. It gave me a chance to “breathe again”.

Emilda Albert

26 tahun
Gereja St Martin, Telupid

Melalui kem baru-baru ini, saya dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang cara menyanyi dengan menggunakan teknik yang betul dari segi vokal hinggalah kepada penghayatan lagu atau pujian agar mesej yang terdapat pada pujian berjaya disampaikan yang mana ianya adalah sangat penting. 

Saya telah melayani dalam gereja selama lebih kurang 14 tahun dalam koir tetapi masih banyak perkara yang harus pelajari. Saya mahu beritahu rakan-rakan belia di paroki saya tentang semua pengetahuan yang sangat berguna ini dengan cara mengaplikasikan ilmu yang telah saya perolehi dalam pelayanan koir. Saya harap ia dapat membantu memperbaiki mutu koir kami. 

Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk menyertai kem ini. Saya telah dapat mengasah lagi bakat (suara) yang dianugerahkan kepada saya dalam melayani sesama. God bless.”


Jaysen Mujis

19 tahun 
Gereja St Martin, Telupid

“saya rasa seronok semasa program dijalankan kerana banyak perkara yang saya tidak tahu telah saya perolehi dari kem ini. Contohnya, bagaimana bermain dalam sesebuah kumpulan muzik, bagaimana menggunakan bakat yang ada, bagaimana memuji Tuhan melalui muzik, muzik dalam perayaan liturgi dan yang paling penting ialah apakah belia dalam gereja dan tanggungjawab belia dalam gereja.”

“Saya melayani gereja dalam koir. Saya gembira dan berasa seronok melayani kerana itu yang saya inginkan. Saya akan kongsikan segala apa yang telah saya pelajari di kem ini bersama Juwita dan ahlinya. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat testimoni ini. Amen.”

Jeremy Wong
25 tahun
Gereja St Dominic, Lahad Datu

“Saya memang meminati muzik sejak kecil terutama sekali bermain dram dan gitar. Di kem ini, saya rasa beruntung kerana dapat menimba ilmu dalam muzik dari orang yang profesional. Mereka telah mengajar saya tentang teknik-teknik yang belum pernah saya ketahui sebelum ini. Saya berasa teruja untuk berkongsi dan memberi tunjuk ajar tentang apa yang telah saya pelajari kepada ahli-ahli pelayanan muzik di gereja kami.”

“Jika ada lagi anjuran seumpama ini, pasti saya datang lagi dan mengajak kawan-kawan untuk menyertainya.” 

Genevieve Martinez
22 tahun
Gereja St Dominic, Lahad Datu

“Saya sebagai pengurus pelayanan koir di chapel luar stesen, Silam, perlu sentiasa memberi pandangan terhadap lagu-lagu mingguan dan untuk sebarang persembahan muzik.”

“Apa yang paling mengena pada diri saya di kem ini ialah sesi Muzik dalam Liturgi di mana saya kini benar-benar tahu peranan muzik dalam perayaan liturgi gereja. Sebelum ini, koir kami tidak begitu teratur. Namun, kini saya tahu. Terima kasih kepada sesi yang telah disampaikan oleh Alexander Aban dari Katedral St Mary, Sandakan. Selepas ini, saya mahu beritahu ahli di gereja saya tentang perkara yang baru saya pelajari.” 


Oleh DSsj
Gambar oleh Dulcie Fiel, Schoffal Charles Moiji,
Shirley Yong, Timmy P. Gorohom dan Nuel.