Gambar kenangan TKBP dan belia-belia di Lahad Datu dan Sandakan |
Lahad Datu : Hampir 100 orang belia telah menghadiri Unplugged Mini Concert yang bertemakan “Sing For Christ” pada Ahad, 26hb September anjuran Tim Kerasulan Belia Paroki (TKBP) Gereja St Dominic Lahad Datu bertempat di Dewan Paroki.
Objektif konsert ini adalah memberi kesedaran dan sentiasa memperingatkan belia bahawa mereka adalah waris dan masa depan gereja. Penganjuran konsert ini adalah merupakan kali kedua bagi TKBP Lahad Datu. Semasa konsert diadakan, rombongan belia dari paroki Katedral St Mary, Sandakan yang diketuai oleh Saudara Alexander Aban telah datang untuk memberi sokongan kepada TKBP Lahad Datu.

Pemain Muzik untuk Mini Konsert |
Belia yang turut serta dalam konsert ini |
Sixtus Peter Amit |
Selain dari mendengar lagu-lagu pujian, Saudara Sixtus Peter Amit telah memberi perkongsian mengenai “peranan muzik dalam gereja”. Saudara Sixtus turut menyatakan bahawa melalui nyanyian lagu-lagu pujian, ia adalah sama dengan dua kali ganda kita berdoa. Ini kerana melalui nyanyian dan muzik, kita dapat menyelami kehadiran Roh Kudus dalam diri masing-masing.
Alfian Muering |
Pengerusi Mini konsert ini Saudara Alfian Muering, mengucapkan ribuan terima kasih kepada paderi paroki Rev. Fr Simon Kontou kerana memberi peluang untuk konsert ini berlangsung. Terima kasih juga kepada belia dari Sandakan atas sokongan mereka serta semua ahli TKBP dan belia-belia lain yang telah menjayakan mini konsert pada kali ini. Diharapkan anjuran kali ini dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada belia di paroki St Dominic Lahad Datu atas kepentingan muzik dalam gereja.
SOCCOM LD