Album kenangan KBK/DYA bersama umat Katolik Holy Family Segaria, Semporna. Tawau |
Kelihatan dalam gambar Schoffal , Victoria dan Yusvina. Chapel Holy Family Segaria Estate Semporna di bawah jagaan Paroki Tawau. Gambar akhir adalah lokasi air panas di sungai sing-sing. |
TAWAU. 2 – 3 April 2011. Lokasi Rekoleksi dan Mesyuarat Belia Keuskupan Sandakan kali ke 7 di Chapel Holy Family Ladang Segaria, Semporna. Lebih kurang 101 km dari Tawau, 156 km dari Lahad Datu, 324 km dari Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan dan 349 km dari Telupid. Kehadiran Belia Keuskupan (KBK/DYA) disambut mesra oleh umat Katolik setempat.
Sebelum ini Belia Keuskupan Sandakan telah mengadakan rekoleksi dan mesyuarat di Lahad Datu pada 19-20 November 2010. Destinasi ini tidak jauh dari jalan Semporna lebih kurang 20 minit untuk sampai. Sementara jalan ke Hot Spring Segaria mengambil masa 20 minit dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Ahli Belia Keuskupan bersama dengan belia Holy Family Segaria sedang menikmati wap panas |
Album Belia Keuskupan mengambil kenangan mandi di Sungai Sing Sing. |
Sdr. Gabriel Yosef menerangkan kedudukan air panas menurut cerita orang “Kolam air panas ini di temui oleh askar Jepun dan selalu bermandi manda di situ” Katanya. “Jika kawasan ini di bangunkan sudah tentu ramai pelancong yang datang” Tambahnya lagi.
Belia Keuskupan sempat merebus telur di kolam air panas |
Air Panas ini berada di Kawasan Ladang Segaria (Hot Spring Segaria Estet ). Ramai pekerja estate mandi di sungai ini selepas kerja.
Pada malamnya Fr. David mengajak para peserta merenung Sabda Tuhan dan kuasa Salib sempena Pra-Paskah. Beberapa peserta memberi perkongsian mereka tentang Salib. Salib membawa erti kehidupan kepada diri masing-masing. Salib adalah memahkotai penyiksaan dan penderitan manusia yang paling kejam.
Yesus memerdekakan manusia dari kutukan. Yesus berjaya menakluk puncak penghinaan terhadap martabat manusia turun temurun dengan melaluinya sendiri sesuai dengan nubuatan. Kebangkitan Yesus dari kuasa Maut memberikan pengharapan baru, iman yang baru dan kasih yang baru kepada manusia.
Kini Salib bukan lagi ‘neraka’ yang menakutkan kepada manusia. Sebaliknya adalah hikmat kebangkitan. Bagi manusia yang beriman kepada Yesus Kristus tidak lagi merasa bimbang atas penghakiman akhirat, sebaliknya merasa bersemangat untuk berbakti kepada Allah dan sesama manusia.
Perayaan Ekaristi (Misa Kudus) bersama dengan umat Katolik setempat |
Misa Kudus diselebrankan oleh Fr. David Garaman |
Umat Katolik dalam kebaktian |
Fr. David yang bagi pihak Belia Keuskupan telah menyerahkan surat penghargaan dan terima kasih kepada pengerusi umat Katolik Segaria Encik Anthony. |
Mesyuarat kali ke 7 Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan. Kali ini diadakan di Chapel Holy Family Ladang Segaria, Stasiluar Paroki Holy Trinity Tawau. Seperti biasa terdapat beberapa perbincangan perkara berbangkit, laporan Belia dari Paroki masing-masing, persiapan SYD3 setiap Paroki dan hal-hal lain.
|
Selepas mesyuarat KBK/DYA makan bersama dengan umat setempat |
PENYERAHAN KEMBALI FAIL KEPADA ANNA TERESA PETER AMANDUS
Upacara penyerahan fail pengerusi oleh Fr. David kepada Cik Anna Teresa Amandus. |
Sdr. Anna kembali bertugas sebagai Komisi Belia keuskupan Sandakan. Sebelum ini beliau telah mengikuti pembentukan di Institute of Formation, Fondacio Asia (IFFAsia) selama 10 bulan.
Sementara ketiadaan sdr. Anna, Fr. David Garaman selaku Pengarah Kerohanian Belia telah di lantik oleh Bapa Uskup Julius untuk mengendalikan hal-ehwal Komisi Kerasulan Belia Sandakan.
Pada petangnya, peserta masing-masing balik ke Paroki Lahad Datu, Telupid dan Sandakan. Peserta sempat bertemu dan berbual mesra dengan ibu bapa sdr. Rikkie selaku Timbalan Pengerusi Belia Keuskupan di rumah kediaman beliau di Lahad Datu sambil menikmati minum petang.
SOCCOM DYA