Belia – belia dari KKD MERAK


Tim Rakan Belia – Remaja (TRBR)

SANDAKAN- ‘All For Unity, Unity For All’, motto inilah yang menghidupkan kesatuan belia antara sesama dengan mengadakan aktiviti “Coffee Morning” bertempat di Dewan Paroki St.Mary pada 10 April 2011. “Coffee Morning” atau dikenali sebagai Jualan Belia pada pertama kalinya tahun ini sukses dijalankan. Penglibatan seramai 50 beliawan dan beliawanis yang bertemakan baju hijau sebagai solidariti belia semasa “Coffee Morning” berjaya dilancarkan.


Taman Rimba Youth Choir (TRYC)



Belia – belia KKD Indah Jaya



Semangat menjual …
Bukan saja jualan makanan dan minuman malah perkhidmatan “car wash” juga disediakan
Memastikan semua bahagian dibersihkan



Kumpulan Belia JCC



Tim Rakan Belia Remaja ( TRBR) , Junior Catholic Choir ( JCC), Taman Rimba Youth Choir ( TRYC), belia-belia KKD Merak dan Indah Jaya serta ahli Kerasulan Belia Paroki ( KBP) adalah antara kumpulan belia yang terlibat. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang berteraskan sarapan pagi dijual di gerai masing-masing. Selain itu, aktiviti mencuci kereta juga dijalankan di luar kawasan dewan paroki yang dikendalikan oleh TRBR.

“Coffee Morning” ini diadakan untuk mencari dana belia dan dana ini akan digunakan dalam penganjuran program belia sepanjang tahun 2011. Selain itu program ini dapat mengeratkan lagi hubungan belia sesama belia di dalam kasih Yesus.

Suasana “Coffee Morning” di dewan pada masa itu sangat meriah dan dipenuhi oleh umat yang sentiasa memberi sokongan moral, tenaga mahupun kewangan untuk menjayakan jualan belia. Ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan “Coffee Morning”. Ada juga ibu bapa yang turun padang membantu belia membuat persiapan. Inilah yang belia perlukan sokongan ibu bapa dalam pelayanan belia. Diharapkan melalui Komuniti Kristian Dasar (KKD) akan ada lagi ibu bapa yang akan turut serta dalam program belia.

“Coffee Morning” diakhiri dengan makan tengah hari dan seterusnya bergotong-royong membersihkan kawasan luar dan dalam dewan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua belia yang terlibat untuk memberikan tenaga dan inspirasi di ladang Tuhan.


Disediakan oleh Miriam Lee Su Sian
Gambar diambil oleh Nathaniel Shia