“You are the change that you dream, as I am the change that I dream, and collectively we are the change that this world needs to be.” Efren Penalflorida – CNN 2009 Hero |
Lahad Datu – “Come & See” adalah satu jemputan terang Saudari Anna Teresa Peter Amandus, Koordinator Belia Diosis tentang tema lawatannya yang ketiga bersama Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu pada 11 September 2011 yang lalu.
Kali ini, para Kerasulan Belia Paroki dan belia diajak merenung akan jemputan panggilan Tuhan dalam pelayanan di gereja. Para belia turut memperkongsikan bagaimana keistimewaan diri yang dianugerahkan oleh Tuhan boleh digunakan dalam pelayanan.
Permainan “Tapping Thigh” dan “I Love you and I Hate you” |
Pertemuan kali ketiga ni telah mengumpulkan seramai 17 belia termasuklah ahli KBP dan saudari Anna Teresa. Antara aktiviti yang dijalankan adalah permainan seperti “I love U, I hate U”, “Tapping Thigh”, perkongsian dan nyanyian lagu-lagu pujian serta tayangan video bertajuk “The Bridge” yang telah menyentuh hati setiap belia.
Informasi yang penting! |
Minda para belia turut terbuka apabila saudari Anna memaparkan fakta-fakta benar mengenai populasi umat katolik dan anggaran bilangan umat katolik yang dilayani oleh setiap paderi dan religius di Paroki St Dominic, Lahad Datu.
Dan realitinya, “Tuaian sungguh banyak tetapi penuai hanya sedikit. Berdoalah kepada pemilik tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian” Matius 9:37-38. Saudari Anna turut mengatakan bahawa penglibatan dalam pelayanan memerlukan perubahan yang bermulanya dari diri sendiri.
Group Sharing
Melihat kepada statistik Diosis Sandakan, khususnya Paroki St Dominic, Lahad Datu, apa yang boleh kita sumbangkan kepada gereja? |
Bagaimanakah caranya kita menjangkau belia-belia di luar gereja/ luarstasi/ belia-belia yang ada disekeliling kita? |
“Let the change starts with me!” Para belia membaca doa yang mereka tulis satu persatu dengan segenap hati dihadapan altar. |
Kemudiannya para belia diajak untuk menulis doa yang ingin mereka tujukan dan didoakan bersama-sama di hadapan altar yang disediakan. Sebelum bersurai, acara gambar beramai-ramai dan evaluasi “3S” dilakukan.
Sesi evaluasi 3S “Success, Shortcoming and Suggestions” |
Rata-rata semua belia berpuas hati akan peningkatan positif dalam pengaturcaraan bagi pertemuan kali ini dan aktiviti seperti ini telah mengeratkan lagi hubungan kesatuan di kalangan belia yang turut serta di dalamnya.
SOCCOM
Lahad Datu