Kiri-Kanan: Alexander Aban, Sr Lilian Unsoh, fsic, Crispus Mosinoh, Bell Lawadin, George Augustine, Cristopher Aban dan Shirley Joseph |
Pada hari kedua, 23hb Oktober 2011, berikut merupakan perkongsian beberapa ahli selepas berjaya menyiapkan salib itu:-
“Proses pembuatan salib tu, melambangkan langkah-langkah yang akan dihadapi oleh kita semua semasa membuat buku perancangan pastoral. Secara ringkasnya, proses itu menampakkan laluan-laluan dan juga cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Ianya membuatkan kita lebih bersedia utk menghadapi proses-proses tersebut dan tidak syak lagi, kita hanya perlu membuat atau mempraktikkan – ‘1MT, 1MT.’ (1 More Thing, More Time) ‘Slowly but surely..’” — Cristopher Aban
“Seperti yang Alex kata hari itu, permulaan membuat salib itu memang sukar, Sister kata, perhatikan, jangan hilang fokus, dengar baik-baik, dan saya tambah, buat banyak kajian. Inilah yang harus ada pada semua ahli TRANSFORMERS. Biarpun berbeza pendapat namun hala tujunya adalah ke arah yang satu iaitu BUKU PASTORAL. Sama seperti kita berjaya membuat salib dari manik-manik itu dan merasa bangga, demikianlah juga dengan buku pastoral belia ini. Bukan saja kita berbangga sebab dapat menyiapkannya tapi kandungan buku ini adalah yang terbaik kita hasilkan.” — George Augustine
“Aktiviti membuat salib manik-manik itu menyedarkan saya dan semua serta memberi simbol tentang sifat realiti individu (sebelum mula membuat, berasa agak sukar), namun dengan keinginan yang kuat dan pemikiran yang positif, tanpa kita sedari kita mampu buat juga. Ini menunjukkan bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita ada keinginan serta minat untuk mencapai sesuatu. Walaubagaimanapun, selepas salib tersebut siap, perjalanan tidak terhenti di situ sahaja kerana ia perlu dijaga dengan baik, sama seperti misi Core Group.
–Alexander Aban
“Aktiviti pembikinan salib itu pada mulanya agak membingungkan dan nampak susah dibuat. Walaupun formula pembikinannya terpampang di papan hijau pada waktu itu, saya masih perlu bimbingan dari Sr. Lilian dan rakan-rakan yang lain untuk membentuk salib tesebut. Aktiviti ini serba sedikit mengajar saya untuk bersabar, bertahan dan jangan putus asa dan semua ini ada kaitan degan proses pembikinan buku pastoral! The first time is the hardest but eventually it will fall into places accordingly! Amen!” — Crispus Mosinoh
“Proses membuat salib tu memang mencabar tapi menarik. Perlu teliti dan sabar, tapi bila dapat hasilnya saya berasa sangat gembira di samping teruja kerana dapat menyiapkan salib buatan sendiri. Proses tersebut memang bersangkut paut dengan proses pembikinan buku walaupun mungkin perjalanan proses pembikinan buku tu mengambil masa yang agak lama.
—Felanie Felex
“Sdra. Bell Lawadin ada mengatakan, akhirnya nanti kamu akan sedar bahawa perkara yang terpenting bukanlah menyiapkan buku itu tetapi hubungan erat sesama ahli yang terjalin selepas melalui proses yang agak lama dan banyak cabaran. Selepas selesai membikin salib ini, saya sudah pun merasai apa yang beliau katakan. Saya terasa sukar untuk melepaskan salib tersebut ke tangan orang lain kerana terkenang akan bertapa payah menyiapkannya. Walau mungkin terdapat ketidaksempurnaan namun ia tetap berharga di mata saya. Mengenali belia termasuk diri sendiri dengan lebih mendalam sewaktu menjalani proses menyiapkan buku pastoral, itulah yang paling bermakna nanti. Maka, saya berasa ternanti-nanti dan tidak sabar untuk melalui proses tersebut.” —Shirley Joseph
—Felanie Felex
“Sdra. Bell Lawadin ada mengatakan, akhirnya nanti kamu akan sedar bahawa perkara yang terpenting bukanlah menyiapkan buku itu tetapi hubungan erat sesama ahli yang terjalin selepas melalui proses yang agak lama dan banyak cabaran. Selepas selesai membikin salib ini, saya sudah pun merasai apa yang beliau katakan. Saya terasa sukar untuk melepaskan salib tersebut ke tangan orang lain kerana terkenang akan bertapa payah menyiapkannya. Walau mungkin terdapat ketidaksempurnaan namun ia tetap berharga di mata saya. Mengenali belia termasuk diri sendiri dengan lebih mendalam sewaktu menjalani proses menyiapkan buku pastoral, itulah yang paling bermakna nanti. Maka, saya berasa ternanti-nanti dan tidak sabar untuk melalui proses tersebut.” —Shirley Joseph
Sr Lilian mengatakan bahawa semua aktiviti yang berjalan pada 2 hari tersebut akan dikongsikan kepada para ahli TRANSFORMERS yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Aktiviti ‘Guardian Angel’ akan diteruskan bersama ahli lain dan berakhir sebelum hari minggu pertama Adven.
Selesai program rekoleksi, mesyuarat keempat TRANSFORMERS dijalankan bagi membincangkan perkembangan perjalanan core group serta memberi fokus akan tindakan susulan yang harus diambil selepas itu.
Cristopher Aban, Kordinator TRANSFORMERS |
Salah satu agenda mesyuarat, Cristopher mengongsikan sebuah persembahan powerpoint berkenaan klip-klip video yang memberikan inspirasi yang mana menekankan tentang perjalanan yang pasti biarpun mengambil masa agak lama sedikit (‘Slowly but Surely’), berani mengambil satu langkah ke hadapan demi mencapai sesuatu kejayaan ‘(1 More Thing, 1 More Time’) dan belajar dari kesilapan, itu yang membuat hidup lebih bererti (‘If you Never Fail, you Never Live’).
Selepas mesyuarat, semua menghadiri Misa Kudus di Gereja St. Paul, Ulu Dusun dan kembali ke Pusat Retret Keuskupan untuk makan tengahari sebelum semuanya berangkat balik ke destinasi masing-masing.
-DSsj-
-DSsj-