“Am I Ready to offer myself to you, Jesus” |
Hari Ketiga ‘Youth Leader’s Camp’ dimulakan dengan Doa Pagi – Divine Office (Ibadat Harian) yang dipimpin oleh Sr. Rusiah Garuk.
Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan |
Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu |
Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau |
Kerasulan Belia Paroki St Martin, Telupid |
Gambar kenangan bersama Roselinah Francis – “You are beautiful and we keep you in our hearts.” |
Cenderakenangan kepada Sr. Rusiah Garuk, Roselinah Francis dan Sr Marysia Malating |
Tea break – bersantai sambil mengeratkan silaturahim antara sesama |
Yesus merupakan ‘Jambatan’ diantara manusia dengan Allah Bapa disyurga. Dia merupakan jalan ke arah Allah Bapa (Yoh 14 : 1-6). Yesus selalu pergi dimana adanya orang ramai (Lk 9:6) dan berjumpa dengan mereka. Yesus selalu merantau dari satu tempat ke tempat yang lain. Yesus membina hubungan dengan orang ramai tanpa syarat. Ini dapat diilustrasikan dalam cerita dimana Yesus bertemu dengan wanita Samaria (Yoh 4:1 – 46). Yesus juga selalu mengambil masa untuk Bapanya. Melalui berdoa, Yesus sentiasa membaharui kefahaman tentang tujuan Ia datang ke dunia, rancangan dia dan kebolehan yang ada padaNya.
Sama seperti Yesus, para pemimpin juga adalah ‘Jambatan’ diantara belia dengan Yesus. Seorang pemimpin belia harus pergi dimana belia – belia berkumpul, berjumpa, berkongsi dan mendengar pengalaman hidup mereka dan seterusnya membina hubungan dan mengongsikan persahabatan kita dengan mereka tanpa memberikan syarat. Sebagai pemimpin kita tidak boleh melakukan pelayanan atas dasar tenaga dan kekuatan manusiawi kita semata – mata. Kita perlukan Yesus dan berdoa adalah cara terbaik untuk berhubung dengan Yesus agar pelayanan itu dilaksanakan seturut kehendakNya.
Small group sharing |
Pada sebelah petang Youth Leader’s Camp di hari yang ketiga diteruskan dengan Team Building 2 yang dikendalikan oleh Saudara Arturo @ Rikkie. Team Building kali ini lebih mencabar apabila semua perserta terpaksa mejalankan aktiviti tersebut dengan mata tertutup.
Dua belia dipilih menjadi ketua dan ketua ini perlu mencari seramai kawan yang boleh untuk membentuk segi tiga. |
Proses penbentukan segi tiga mengambil masa yang panjang bergantung kepada kecekapan si ketua. Bermacam – macam karenah yang boleh dilihat dalam aktiviti ini. Ada yang tidak tahan, ada yang menunggu sahaja, ada yang mengambil inisiatif untuk mencari teman lain dan ada yang bertanya. Namun aktiviti bertukar rupa apabila Rikkie membuat arahan untuk semua peserta bergabung dan membentuk segi tiga yang besar. Disinilah wujudnya ramai yang ingin menjadi ketua dan masing – masing memberi arahan kepada teman – teman yang lain, semuanya berusaha membentuk segi tiga. Akhirnya tidak berjaya juga.
Segi tiga yang tidak terbentuk. |
‘Act It Out’ – Satu lagi aktiviti yang mencabar para peserta. Arahan akan diberikan dan setiap kumpulan perlu melakonkan ‘arahan’ tersebut. |
Sesi perkongsian bagi Team Building 2. |
“What makes a good Leader?” Begitulah tajuk sesi yang disampaikan sekali lagi oleh Saudara Theodolfo Rosalia Jr. Dalam sesi ini beliau telah mengongsikan mengenai karunia. Setiap pemimpin telah diberikan karunia – karunia yang berbeza – beza dan seorang pemimpin yang baik adalah seorang yang menggunakan karuanianya itu dalam pelayanannya. Karunia adalah anugerah Tuhan. Tidak ada jumlah latihan atau pengalaman yang boleh disamakan. Ianya tidak boleh dituntut dan di beli. Ia diberi dari kemurahan Tuhan.
Sekiranya pelayanan itu dijadikan pelayanan yang lahir dari hati kerana Tuhan Yesus, pelayanan itu ada sukacita, kekuatan, pemimpin lebih berkomited dan kesetiaan adalah segalanya.
Pada akhir sesi, Saudara Theodolfo memberikan kesimpulan menjadi pemimpin yang baik:
3.Kepimpinan adalah inspirasi, BUKAN mendominasi orang.
4.KEPIMPINAN adalah membantu orang lain untuk mencapai iman dan visi Kristus dalam jiwa mereka, mengetahui cinta kasih , keampunan dan belas kasih Yesus.
5.Salah satu anugerah yang terbaik pemimpin dapat berikan kepada orang lain adalah Harapan, kita tidak dapat memberi iman atau kasih.
6.Melayani untuk memuliakan Tuhan:
Gambar kenangan bersama Saudara Theodolfo Rosalia Jr. |
Airene Anne, Koordinator Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan menyampaikan cenderakenangan kepada Saudara Theodolfo Rosalia Jr. |
Sesi dijalankan dalam Kapela Katedral St Mary, Sandakan |
Sesi terahkir bagi Youth Leader’s Camp pada malam hari ketiga ini adalah “Prayer and Silence – Why Important?” yang disampaikan oleh Sr Lilian Unsoh, Pembantu Penasihat Rohani bagi Tim Kerasulan Belia Keuskupan, Sandakan.
Dalam sesi ini Sr Lilian memberi penekanan terhadap kepentingan untuk berdoa dan hening. Hanya melalui doa dalam keadaan yang hening membantu kita untuk lebih mendengar suara Tuhan dan merasakan kehadiranNya. Ia juga membantu kita untuk berehat seketika dari kesibukan dan kebisingan hidup harian. Yesus sendiri bersama rasul-rasulnya pergi mencari tempat yang sunyi untuk berehat (Markus 6:31).
Sebagai yang melayani, terutama sekali pemimpin – pemimpin belia, kita perlu diperbaharui dan disegarkan. Seperti yang disampaikan oleh Saudara Theodolfo, doa membantu kita mendengar bisikan Tuhan, kehendakNya dalam pelayanan kita dan semestinya kita tidak boleh melakukan misi Tuhan dengan tenaga manusiawi kita. Kita perlukan bantuan dari Dia yang memanggil dan mengutus kita untuk melayani.
Yesus sendiri mengajar kita untuk berdoa kerana doa Yesus bertahan dalam misinya. Dalam Markus 14:32-42, Yesus menunjukkan kemanusiaannya. Saat inilah Yesus berdoa sebagai seorang manusia. Sememangnya sukar untuk dibayangi keadaan Yesus disaat – saat kematiannya. Namun Dia telah memberikan contoh yang baik buat kita semua.
Sesi ini diakhiri dengan Adorasi.