Brenda De Guzman
HARI KETIGA (24/3/2012)
Bersama Bapa Uskup Julius (berbaju hitam) barisan kedua |
Lahad Datu : Kesyukuran dipanjatkan pada pagi hari ketiga dengan Misa Pagi yang diselebrankan bersama oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dengan Rev. Fr. Simon Kontou. Dalam homilinya, Yang Mulia Bapa Uskup menegaskan lagi bahwa retret adalah satu kesempatan untuk bertemu dengan Yesus, untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Membuatkan kita lebih tekun, lebih taat terhadap Yesus. Retret juga dapat memperbaharui semangat pelayanan dalam gereja dan melayani Yesus dengan lebih tekun lagi kerana dengan adanya retret ianya dapat memberi semangat kehidupan.
Sesi seterusnya disampaikan oleh Sr. Appolonia Gumpu, fsic dengan tajuk “Ya, saya akan bangkit”. Pertanyaan ‘Kenapa saya disini (dalam retret ini)’ dan ‘kenapa mesti ada retret’, membuka minda para peserta untuk memberi jawapan masing-masing. Sister mengatakan bahawa Yesus adalah teladan kita berada di tempat yang jauh dan terpencil ini. Yesus pergi ke tempat yang sunyi untuk berdoa, untuk berkomunikasi dengan Allah Bapa. Retret prapaska ini, juga merupakan satu kesempatan untuk persiapan peribadi untuk merayakan Pesta Paska kebangkitan Yesus dari antara orang mati.
(SR. APPOLLONIA GUMPU, FSIC)
Allah menjanjikan penyelamatan bagi semua manusia melalui Salib kudus Yesus. Dengan salibNya, Dia menawarkan Jalan, Kebenaran dan Hidup kekal. Namun kerana dosa, kita telah memisahkan diri kita denganNya. Tetapi “kerana begitu besar cintakasih Allah, Dia telah memberikan AnakNya yang tunggal, agar setiap orang yang percaya padaNya akan beroleh hidup kekal.”
Pertobatan adalah kehormatan dan panggilan ilahi. Pertobatan yang sungguh-sungguh memberi kita kebebasan dan damai sejahtera. PERCAYALAH! Kita bangkit bersama Kristus setiap kali kita bertobat.
Sesi terakhir yang disampaikan oleh Yang Mulia Bapa Uskup, “Berjalan Bersama Bonda Maria Dalam Masa Pra-paska”. Dalam sesi ini Yang Mulia Bapa Uskup memperkenalkan Bonda Maria sebagai model bagi Kerasulan Wanita.
(BAPA USKUP JULIUS)
BONDA MARIA DI DALAM INJIL MENERANGKAN BAHAWA:
1. Sungguh manusiawi , 2. Kemanusiaan Maria sering dilupakan dalam divosi dan Ibadah, 3. Manusia ; luar biasa – kita meninggikan dia, 4. Dia Manusia biasa – kita boleh identifikasi dengan dia, 5. Divosi yang sebenar harus membawa kita mengenali kemanusiaanNya, pengalaman sebagai wanita dan menimba inspirasi dari dia.
Bonda Maria sebagai remaja, bijak menerima keadaan dan mempunyai iman terbuka kepada panggilan Tuhan. Bonda Maria mengunjungi Elizabeth (berziarah). Ia keluar rumah dengan tujuan. Ia menemani dan membantu Elizabeth. Dan apabila mengandungkan Yesus ia memuji Allah, ia membawa hidup baru. Kerana anak adalah anugerah Tuhan. Sebagai suri rumah, bersama-sama dengan Santo Yosef membesarkan Yesus. Bertanggungjawab dalam iman, cintakasih dan kejujuran. Menjadi teladan rumahtangga Kristian.
Bonda Maria dan kehidupan sosial (Yoh. 2:1-12) sangat sentitif dan prihatin akan keperluan orang lain seperti Perayaan Nikah di Kana, ia memohan bantuan Puteranya supaya pengantin terlepas dari dipermalukan. Bonda Maria beribadah bersama-sama dengan komuniti (Kis. 1:13-14) dengan pengikut-pengikut Yesus berdoa menantikan roh kudus. Sebagai manusia, bonda Maria tidak terlepas dari kesusahan. Menjadi pelarian di Mesir, melahirkan anaknya Yesus jauh dari rumah (di kandang sapi). Bonda Maria juga menderita (Yoh. 19:25-27) melihat kesengsaraan dan kematian puteranya. Ia mengimbas kembali perjalanan hidupnya namun dia tetap tabah menghadapi segalanya.
Perjalanan kehidupan Maria boleh dilihat sebagai perjalanan hidup kita, terlebih lagi dalam pelayanan sebagai ahli Kerasulan Wanita. Iman Maria memperlihat kemanusiaannya dan Maria terlibat dalam penginjilan.
Kesimpulannya (kidung Maria) – Nyanyian Pujian (Lk 1, 46-55)
1. Madah pujian dan penyataan Iman
2. Maria taat setia – memberi hidupnya sepenuhnya pada Allah
3. Melihat segala-gala akan terjadi sebagai anugerah
4. Maria membantu kita melihat bahawa segala-galanya adalah anugerah
5. Maria melihat Allah berkuasa membantu orang miskin
6. Allah akan menurunkan orang kaya dan berkuasa dari takthanya
7. Magnifikat – komitmen untuk membawa khabar baik kepada orang miskin
8. Melalui madah pujian kita melihat pengkhabaran tentang Yesus
9. Kita melihat magnifikat dalam “Beatitudes” – ucapan bahagia (Mt 5, 1-10; LK 6, 20-23)
10. Maria teladan iman, kebebasan, penyelamatan para bangsa dan alam semesta
11. Maria manusia sepenuhnya, teladan wanita masa kini, teladan penginjilan Gereja pada masa kini.
(PERHIMPUNAN AGUNG)
Selesai saja sesi Yang Mulai Bapa Uskup, pada sebelah petangnya, Kerasulan Wanita mengadakan perhimpunan kali ketiga bersama dengan Bapa Uskup dan Rev. Fr. Simon Kontou. Dalam perhimpunan itu beberapa peserta telah berpeluang untuk berkongsi dan menyuarakan beberapa pertanyaan berkaitan dengan Kerasulan Wanita.
Misa Kudus Petang sabagai misa penutupan bagi retret dan perhimpunan tahun ini. Dalam homilinya yang terakhir, Yang mulia Bapa Uskup menekankan sekali lagi bahwa pelayanan kita memerlukan komitmen dan pengorbanan. Dengan retret serupa ini dapat memperbaharui komitmen kita terhadap keluarga, komuniti dan pelayanan kita.
Dalam perayaan Ekaristi terakhir itu, semua ahli jawatan pelayan Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan melafazkan ikrar pelayanan mereka.
Dalam acara penutupan Rev. Fr. Simon Kontou merumuskan bahwa semua input dari ceramah dan perkongsian dapat memberi pembaharuan dalam pelayanan.
Bagi menutup tirai retret dan perhimpunan tahun ini, Sr. Appollonia Gumpu, fsic sebagai ahli kehormat Kerasulan Wanita Keuskupan telah diberi mandat untuk mengumumkan tuan rumah bagi retret dan perhimpunan tahun hadapan (2013) iaitu St. Mary, Sandakan.
Evelyn Watson menyempurnakan acara penutupan dengan penyerahan Patung Bonda Maria dan Banner Logo Kerasulan Wanita Keuskupan Sandakan kepada Annie Rokneh Jalani selaku Pengerusi tuan rumah bagi retret tahun hadapan.
HARI KE-EMPAT (25 MAC 2012)
Doa pagi yang dipimpin oleh Sr.Appollonia, fsic, telah diadakan pada jam 6.30 pagi sebelum sarapan terakhir diadakan. Sebaik sarapan itu selesai, para peserta masing-masing meninggalkan BORNEO PARADISE ECO FARM, tempat yang pasti akan dirindui oleh semua peserta.