ds
Katedral St. Mary Sandakan. Misa Kudus sempena Hari Raya Pentekosta, Fr. Anthony Mikat dalam homilinya menerangkan tentang peranan Roh Kudus yang sentiasa hadir di setiap tempat dan waktu bersama umatNya kerana Dia adalah Roh. “Sebab kenapa Yesus harus meninggalkan murid-muridNya dan kembali kepada Bapa kerana Yesus adalah Fizikal” katanya. Minggu sebelum ini Gereja Universal telah merayakan Hari Kenaikan Yesus ke Syurga selepas 40 hari kebangkitanNya dari mati. Selama 40 hari tersebut Yesus masih bersama dan mengajar para murid-muridNya di bumi.
Fr. Anthony Mikat |
Lima puluh hari sesudah Paskah adalah Hari Raya Pentekosta. Gereja merayakan anugerah Roh Kudus yang turun berkarya dalam diri manusia. Roh yang diutus oleh Kristus dari Bapa akan mengingatkan kita tentang segala sesuatu yang diajarkan Kristus kepada kita. Roh itu akan menjiwai kita agar kita mengenal iman kita. Maka kita dapat memberi kesaksiaan atas Kristus yang telah bangkit.
“Tiada satu pun yang mengaku Yesus adalah Tuhan selain dari Roh Kudus! kerana Roh Kudus dari Bapa yang bersaksi tentang Aku. Kamu pun bersaksi jika Roh Kudus turun ke atas kamu.” Demikian Fr. Mikat menjelaskan maksud Bacaan Injil pada Minggu itu.
Roh Kuduslah yang menghidupi kasih dalam diri seseorang yang percaya. Berilah Roh Kudus berkarya dalam diri kita. “Kenapa kita masih tidak bersatu?” Sebenarnya kita tidak melayani kehendak Roh Kudus” katanya. “Baikilah hubungan dengan Roh Kudus (Roh Allah).”
Demikianlah manusia yang tidak memiliki Roh Kudus , mereka tidak akan mengakui Yesus sebagai Tuhan dan tidak mengenal Kristus juga tidak mengenal Syurga. Di mana ada Allah di situ ada Syurga. Fr. Mikat memberi peringatan bahawa iblis juga licik memperalatkan kuasa yang diberikan oleh Roh Kudus kepada manusia untuk menyerang sesama manusia, kerana kita sendiri juga yang membenarkan kejahatan itu masuk dan berkarya.
“Maka demikianlah kita ketahui bahawa tanda-tanda orang benar dan memiliki kasih adalah dilihat melalui buah-buah karya Roh Kudus” katanya.