Disediakan oleh : Stephanie Ak Bunyau
TELUPID. 133KM dari Bandar Sandakan – Dengan rahmat Tuhan, akhirnya terlaksana juga perancangan belia Paroki St. Martin Telupid untuk mengadakan program persiapan rohani Sabah Youth Day ke-3 untuk ke-2 kalinya. Program tersebut telah mengambil masa sehari pada 2 Jun 2012 dan telah membawa tema “dibangun” sesuai dengan tema Sabah Youth Day ke-3 pada bulan Ogos nanti.
Peserta SYD 3 hadir dalam sesi taklimat sebelum memulakan program |
Sesi pendaftaran peserta |
Seramai 48 peserta telah melibatkan diri untuk menjayakan program ini dan hampir semua peserta merupakan peserta Sabah Youth Day Ke-3. Persiapan rohani SYD3 ini juga dapat dijayakan dengan bantuan Seminarian Warren Pierre Anun dan Aspairan Athur John.
Program ini bermula dengan lagu pujian yang dipimpin oleh salah seorang peserta SYD3. Seterusnya, sesi merenung Firman Tuhan ataupun Lection Livina yang dikendalikan oleh Aspiran Athur. Dalam sesi ini, para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan telah diberi masa sejam untuk merenung firman Tuhan.
Kemudian, para peserta diminta untuk menerangkan pemahaman mereka tentang firman Tuhan yang telah dibaca tadi. Mereka turut membuat perkongsian dengan cara mengaitkan perjalanan hidup para peserta sesuai dengan firman Tuhan tersebut. Firman Tuhan yang diambil untuk renungan itu adalah dipetik dari Injil Lukas 6 : 47-49 “Setiap orang yang datang kepada-Ku dan mendengarkan perkataan-Ku serta melakukannya – Aku akan menyatakan kepadamu dengan siapa ia dapat disamakan – ia sama dengan orang yang mendirikan rumah : Orang itu menggali dalam-dalam dan meletakkan dasarnya di atas batu. Ketika datang air bah dan banjir melanda, rumah itu tidak dapat digoyahkan, karena rumah itu kokoh dibangun. Akan tetapi barangsiapa mendengar perkataan-Ku, tetapi tidak melakukannya, ia sama dengan seorang yang mendirikan rumah di atas tanah tanpa dasar. Ketika banjir melandanya, rumah itu segera rubuh dan hebatlah kerusakannya”. Ia adalah amat bersesuaian dengan tema “dibangun”.

Sesi tersebut telah membuat ramai peserta merasa tersentuh dan bersukacita kerana mereka dapat berkongsi pengalaman hidup mereka serta meluahkan harapan mereka untuk mengikuti Sabah Youth Day ke-3.
Setelah itu, satu bengkel telah dikendalikan oleh Seminarian Warren Pierre di mana para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diberikan beberapa soalan, yang sekali lagi berkait rapat dengan tema “dibangun”. Bengkel ini bertujuan memberi pemahaman kepada setiap peserta mengenai, ‘mengapa mereka perlu dibangun untuk menjadi pengikut Tuhan dalam dunia yang penuh dengan cabaran globalisasi masa kini. Sesi yang telah berlangsung hampir sejam ini telah terlaksana dengan jayanya kerana setiap kumpulan memberi jawapan yang agak memberangsangkan ketika pembentangan hasil perbincangan kumpulan.
“Dibangun umpama mendirikan sesuatu seperti pokok yang bertumbuh”, begitulah kata-kata Kordinator Belia St. Martin, Telupid iaitu Hildy Boy Albert sebelum meneruskan sesi terakhir. Dalam sesinya, dia menerangkan dengan lebih jelas mengenai tema persiapan rohani SYD3 untuk kali ke-2 iaitu “dibangun”. Dengan ini, para peserta akan menyedari betapa pentingnya mereka dibangun dan juga lebih mengerti pula maksud ‘dibangun’ itu sendiri. Maka, ia akan menjurus kepada pemahaman penuh para peserta terhadap objektif Sabah Youth Day ke-3 yang akan dijalankan pada bulan Ogos nanti.
Hildy juga sempat memberi penerangan tentang keistimewaan Gereja Katolik yang telah diasaskan oleh Yesus Kristus sendiri. Ini telah membuatkan para peserta tidak lagi berasa ragu-ragu terhadap iman Gereja Katolik.
Program persiapan yang singkat ini diakhiri dengan doa kejayaan Sabah Youth Day ke-3 yang dipimpin oleh Aspiran Athur John.