Sebilangan peserta adalah dikalangan mereka yang telah mengikuti kursus ini pada pusingan yang sebelumnya dan mereka berasa teruja menyertainya sekali lagi dan telah membawa rakan-rakan mereka untuk sama-sama menyertainya. Selain dari itu, beberapa peserta yang mengikut kursus ini adalah merupakan calon-calon IKD yang mana akan memulakan sesi pelajaran IKD mereka pada bulan Jun ini. Penyertaan mereka sekaligus dapat mempersiapkan diri mereka untuk mengenali iman Katolik dengan lebih mendalam lagi. Sepanjang 10 minggu berturut-turut, para peserta diberi sesi ceramah dengan topik-topik yang berbentuk soalan, ringkas dan padat, namun telah memberi kesan yang mendalam kepada setiap mereka. Tambahan pula, setiap sesi ceramah yang diadakan diselit dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti perbincangan kumpulan dan permainan.
Berikut merupakan tajuk-tajuk ceramah mingguan dan semasa Hujung Minggu Roh Kudus:
|
Tarikh
|
Tajuk
|
Penceramah
|
|
02/3/2014
|
Pengenalan
|
Caroline Tai
|
|
09/3/2014
|
Siapakah Yesus?
|
Jellferlyn Joseph
|
|
16/3/2014
|
Kenapa Yesus mati?
|
Rodney Sining
|
|
23/3/2014
|
Bagaimana saya tahu akan iman saya?
|
Alice Aban
|
|
30/3/2014
|
Kenapa dan bagaimana seharusnya saya berdoa?
|
Clare Tivit
|
|
06/4/2014
|
Kenapa dan bagaimana saya membaca Alkitab?
Bagaimana Allah membimbing kita?
|
Rodney Sining
|
|
27/4/2014
|
Bagaimana saya menolak roh jahat?
Adakah Allah menyembuhkan?
|
Arlene Abel
|
|
4/5/2014
|
Siapakah Roh Kudus?
Apakah yang dibuat oleh Roh Kudus?
|
Aronika Paulus
|
|
10 – 11 Mei 2014
(Hujung Minggu Roh Kudus)
|
Bagaimanakah saya boleh dipenuhi oleh Roh Kudus?
Bagaimanakah saya dapat memanfaatkan hidup saya? Kenapa dan bagaimana saya memberitahu orang lain? Bagaimana pula dengan gereja? |
Aronika Paulus Rodney Sining |
Acara kemuncak bagi kursus ini adalah Retret Hujung Minggu atau dikenali sebagai Hujung Minggu Roh Kudus. Retret ini telah dijalankan di Pusat Retret Keuskupan Sandakan Batu 28, Ulu Dusun, Sandakan pada 10 dan11 Mei 2014.
Kesimpulannya, sepanjang tempoh kursus Alpha ini, para peserta telah diberikan pelbagai bentuk perkongsian dan ceramah berdasarkan sukatan kursus ini. Para penceramah juga menjalankan pelbagai aktiviti dalam setiap perjumpaan mingguan dan semasa retret untuk menjadikan kursus ini lebih menarik, di samping untuk memudahkan para peserta untuk lebih memahami keimanan mereka sebagai seorang Kristian.
Berpaksikan kepada Injil Tuhan bahawa Dia harus semakin besar dan kita harus semakin kecil (Yohanes 3 :30), diharap agar kursus Alpha dalam konteks Katolik ini akan dapat membantu mengukuhkan pemahaman para peserta tentang iman Kristian. Mereka yang berminat untuk mendalami iman Kristian juga dialu-alukan untuk menyertai kursus ini. Semoga kursus ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.
![]() |
| (Sheryl Wong) |
“Saya mendapat informasi mengenai Alpha melalui risalah yang diselitkan di dalam buletin mingguan gereja. Setelah membacanya, saya meletakkannya di atas meja study saya. Tidak berapa lama kemudian, saya melihat kembali risalah tersebut dan merasakan panggilan Tuhan kepada saya untuk menyertai Kursus Alpha ini. Walaupun dilahirkan dalam keluarga Kristian, pada mulanya saya kurang mendalami ajaran agama kerana telah meninggalkan kelas PMG dan hanya menerima Sakramen Penyambutan Pertama semasa saya Tingkatan tiga. Setelah itu saya juga mengikuti kelas IKD agar dapat bertanyakan soalan mengenai agama kristian. Dengan mengikuti kursus ini, saya dapat lebih mengukuhkan pengetahuan tentang Kristian dan semua yang terima dapat saya jadikan ‘bekalan’ untuk masa depan terutama sekali ketika melanjutkan pelajaran nanti. Akhir kata dari saya, keinginan untuk mendalami iman datangnya daripada hati seseorang dan sesiapa yang mempunyai rasa ingin tahu, pasti akan mencari jalan untuk mengenali siapa Tuhan itu”.
“Alpha menjadi satu permulaan kepada saya dan melalui kursus ini saya lebih mengenali Allah dan diri Allah. Saya juga mendapat pengalaman yang baik terutamanya dalam mengenali Allah di samping dapat mengenali rakan-rakan baru yang menyertai kursus ini. Harapan saya agar Alpha dapat diteruskan. Saya berasa seronok menyertai kursus ini”.





