Tim Dokumentasi YPL
Pada sebelah malam pula, sesi “Globalisasi dan Literasi Media” dikendalikan oleh saudara Bell. Sesi ini bertujuan membimbing para belia untuk bijak membuat pilihan yang betul semasa hidup di dunia yang penuh dengan cabaran dan pengaruh media dan global. Sesi diakhiri dengan perkongsian dari peserta dan doa malam.
Sesi kelima berkaitan dengan “Seksualiti” disampaikan oleh Sr. Maria Dipal. Dalam sesi tersebut, menurut Sr. Maria bahawa seks bukan hanya satu perbuatan tetapi ia merupakan satu tenaga yang terhasil dalam perhubungan.
Sesi “Seks Sebelum Kahwin – Generasi Kini Dalam Risiko” dikongsikan oleh Dr. Henry Ong. Beliau mengongsikan apakah kesan-kesan dan penyakit-penyakit yang berkemungkinan akan menjangkiti mereka yang melakukan seks sebelum kahwin. Selain itu, beliau juga menerangkan perbezaan diantara cinta dan seks.
Pada sebelah malam pula, sesi “Hubungan Sihat Lelaki Dan Perempuan” telah disampaikan oleh Saudari Shirley Joseph. Peserta diminta untuk menyenaraikan perwatakan (ciri-ciri) pada seseorang yang mereka sukai dan tidak sukai. Program hari keempat diakhiri dengan doa taize.
Pada sebelah petang, peserta diminta membuat renungan dan perkongsian dalam kumpulan kecil dan juga kumpulan besar. Para peserta menyertai permainan di luar perkarangan dewan untuk melepaskan segala kerisauan dan kesedihan yang ada selepas perkongsian pada sebelah pagi. Program disusuli dengan latihan Bahasa Inggeris yang dikendali oleh Gabriel, Girald dan juga Fiona Degulacion. Sesi diakhiri dengan doa malam.









