Sandakan – Pada Ahad 18 Mei 2014, para jururawat dan pekerja kesihatan bersama-sama menyambut Hari Jururawat dalam Misa Kudus di Gereja St. Joseph, Batu 2½ yang dirayakan oleh Fr. Sunny Chung. Semasa homilinya, Fr. Sunny berkata bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan sememangnya mempunyai cabaran, apa lagi dalam hal-hal merawat pesakit. Namun, biarlah cabaran tersebut dihadapi dengan memberitakan khabar baik Tuhan Yesus dan sedia memberi laluan kepada Dia untuk melakukan pekerjaanNya dalam kehidupan kita.
Disamping itu, para jururawat dan pekerja kesihatan termasuklah pengajar Kolej Kejururawatan Sandakan terlibat dalam melaksanakan tugas-tugas semasa Misa Kudus. Tidak ketinggalan juga penglibatan para jururawat pelatih dalam koir.


