Dikumpul dan disusun oleh Helen John
Saya sudah melayani sebagai sister dalam Kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) selama 40 tahun. Sepanjang perjalanan melayani memang tidak dinafikan banyak cobaan dan godaan terutama pada masa globalisasi kini. Namun disebalik semua ini Yesus sentiasa menyertai saya dalam suka dan duka hidup melayani sebagai seorang biarawati.

Harapan kepada semua belia agar dapat berfikir dan berdoa bersungguh-sunguh untuk menyahut panggilan masing-masing sama ada hidup berkeluarga, membujang atau pun menjadi seorang religius. Apabila sudah membuat pilihan yang sesuai, buatlah yang terbaik kerana walau apa pun panggilan itu merupakan kehendak Tuhan seperti dalam 2 Petrus 1:10, ‘Karena itu, saudara-saudaraku, berusahalah sungguh-sungguh, supaya panggilan dan pilihanmu makin teguh. Sebab jikalau kamu melakukannya, kamu tidak akan pernah tersadung.’