Laporan : Amado Degullacion dan Jonathan Lucas
Para graduan YPL mewakili Batch 1,3,4,5 dan 6 |
SANDAKAN – Program Youth Prep-Link Reunion (YPLR) kali ke-2 merupakan anjuran para graduan YPL dengan bimbingan dari pelayanan belia dari Pejabat belia Keuskupan Sandakan. Program ini telah berlangsung pada 1 sehingga 4 Disember 2016 di Bangunan Fr. Mulder, Katedral St Mary Sandakan yang bertujuan untuk mengumpulkan para graduan YPL dari Beluran, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Telupid serta mengeratkan lagi hubungan solidariti sesama mereka. Seramai 22 graduan YPL telah menyertai program ini.
Reunion ini dimulakan dengan mengalu-alukan semua graduan melalui sesi Time of Life, Ice breaking dan mengimbas kembali kenangan – kenangan YPL melalui slide video dan diikuti dengan Expectation Check. Semuanya menjurus kepada keadaan ‘berhenti sejenak’ untuk melihat kembali diri sendiri dan pada masa yang sama memekarkan persahabatan antara satu dengan yang lain.
Time of Life yang di pimpin oleh Saudari Lydiana |
Perkongsian dalam sesi Expectation Check |
Pada hari kedua reunion dimulakan dengan doa pagi dan diikuti dengan senaman pagi dalm bentuk ‘zumba’. Acara senaman ini di bimbing oleh salah seorang graduan YPL batch 6 iaitu Smith Bonnie.
Senaman pagi dalam bentuk ‘zumba’ |
Sarapan Pagi bersama – sama selepas Zumba |
Time of Life |
HAri kedua diteruskan dengan sesi Perkongsian yang disampaikan oleh dua orang graduan iaitu saudari Donna Julius, graduan Batch 1 dan saudara Amado Degullacion, graduan Batch 3. Saudari Donna telah memperkongsikan realiti kehidupan di kampus sebagai seorang pelajar manakala saudara Amado menyampaikan perkongsiannya mengenai realiti kehidupan bekerja sebagai seorang pemusik sepenuh masa. Perkongsian mereka sangat berharga dan dapat membuka mata kepada para graduan YPL yang akan melangkah masuk dalam dunia kampus serta dunia pekerjaan.
Perkongsian dari saudari Donna Julius dan saudara Amado Degullacion |
Berehat seketika sambil berkupi – kupi |
Catholic in Me yang di kongsikan oleh Philippa Philip |
Sesi seterusnya iaitu sesi Catholic in Me telah dikongsikan oleh saudari Philippa yang mengajak semua peserta dalam aktiviti soal jawab. Aktiviti ini merupakan pembuka dan menguji minda para peserta untuk menjelaskan siapa diri mereka yang sebenar dengan lontaran soalan yang berulang iaitu “Siapa kau?” Para peserta perlu memberi respon yang berbeza setiap kali disoal dengan soalan sama. Sesi ini berfokuskan kepada maksud “Catholic” dan perjalanan mereka sebagai seorang katolik.
Selepas makan tengah hari,program diteruskan dengan sesi ketiga iaitu sesi My Catholic Faith kesinambungan daripada sesi Catholic in me yang juga dikongsikan oleh saudari Philippa. Dalam sesi ini, beliau memperkongsikan tentang kekayaan iman Katolik dan pengetahuan asas mengenai gereja Katolik seperti sakramen, liturgi dan katekismus.
Perkongsian dikalangan graduan diadakan berdasarkan beberapa soalan yang berlandaskan kepada sesi – sesi yang telah disampaikan.
Selepas makan tengah hari,program diteruskan dengan sesi ketiga iaitu sesi My Catholic Faith kesinambungan daripada sesi Catholic in me yang juga dikongsikan oleh saudari Philippa. Dalam sesi ini, beliau memperkongsikan tentang kekayaan iman Katolik dan pengetahuan asas mengenai gereja Katolik seperti sakramen, liturgi dan katekismus.
Perkongsian dikalangan graduan diadakan berdasarkan beberapa soalan yang berlandaskan kepada sesi – sesi yang telah disampaikan.
Gambar bersama selepas doa Taize |
Pada sebelah malam, selepas makan malam, para graduan diajak untuk membawa pengalaman hari kedua di dalam doa taize.
Doa Rosari disepanjang Bukit Marian |
Hari ketiga dimulakan dengan doa pagi iaitu doa rosari sambil menaiki Bukit Marian. Bagi mereka yang belum pernah menaiki bukit tersebut, ini merupakan satu pengalaman yang berharga bagi mereka. Selesai doa rosari, saudara Amado membawa para peserta untuk melihat tempat-tempat bersejarah di bukit tersebut seperti sebuah empangan lama.
Selepas semua sudah selamat turun kembali dari Marian Hill, para peserta pun menjamu sarapan pagi mereka. Kemudian, sesi keempat iaitu sesi Jesus yang disampaikan oleh saudari Evelyn Doikin dari YouthPrepCentre (YPC), Kota Kinabalu. Sesi beliau membawa tumpuan para graduan kepada siapakah Yesus bagi setiap peribadi mereka dan bagaimana menjadikan Yesus sebagai yang terutama di dalam kehidupan masing-masing.
Sesi JESUS yang disampaikan oleh saudari Evelyn Doikin |
Para graduan diajak untuk melukis sebuah lukisan yang menunjukkan siapa Yesus dalam hidup mereka dan melekatkan lukisan mereka di papan tulis.
Aktiviti; My Journey |
Selepas makan tengahari, aktiviti outdoor(The Journey) telah dijalankan di mana para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan perlu mengharungi beberapa cabaran ataupun games. Ini merupakan kesempatan bagi para graduan untuk mengeratkan hubungan persahabatan mereka sambil melalui cabaran – cabran yang disediakan sebagai satu tim.
Malam Persahabatan |
Malam Persahabatan diadakan disebelah malam yang dipimpin oleh saudara Amado. Sesi ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan solidariti antara saudara-saudari dalam Kristus. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menulis mesej penghargaan kepada setiap graduan yang hadir di atas kepingan kad yang telah diberikan. Semua orang perlu dihargai dan diberi galakan serta sokongan kerana dunia yang dihidupi sekarang sungguh mencabar. Maka melalui sesi ini, para graduan dapat diperkuatkan untuk melalui hari – hari yang mendatang. Sesi ini diakhiri dengan salam damai dan doa malam.
Bergambar kenangan bersama Bapa Uskup Julius Dusin Gitom |
Pada hari keempat yang merupakan hari terakhir, telah dimulai dengan menghadiri misa kudus. Selepas misa kudus, semua graduan berkesempatan untuk bergambar bersama Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan kemudian kembali ke Bangunan Fr. Mulders untuk meneruskan sesi seterusnya.
Perkongsian dalam kumpulan |
Sebagai penutup tirai program YouthPrepLink Reunion ini, saudari Philippa selaku koordinator program mengajak para graduan dalam memperkongsikan perasaan mereka mengenai reunion ini dan apa harapan mereka untuk masa akan datang. Meskipun tidak ramai graduan – graduan YPL dapat mengikuti reunion ini atas sebab masa yang tidak mengizinkan serta komitmen lain, namun kepada mereka yang hadir, mereka merasakan kembali cinta kasih Yesus melalui sesi yang disampaikan serta persahabatan yang terjalin.
Semoga Program Youth Prep-Link Reunion (YPLR) akan datang dapat dihadiri lebih ramai graduan. Program ini bukan setakat untuk datang dan berkumpul semula tetapi ia merupakan kesempatan bagi para graduan untuk kembali membaharui iman serta hubungan mereka dengan Yesus dan antara sesama. Program Youth Prep-Link Reunion (YPLR) seterusnya akan diadakan pada tahun 2018 iaitu 2 tahun dari sekarang.
Semoga Program Youth Prep-Link Reunion (YPLR) akan datang dapat dihadiri lebih ramai graduan. Program ini bukan setakat untuk datang dan berkumpul semula tetapi ia merupakan kesempatan bagi para graduan untuk kembali membaharui iman serta hubungan mereka dengan Yesus dan antara sesama. Program Youth Prep-Link Reunion (YPLR) seterusnya akan diadakan pada tahun 2018 iaitu 2 tahun dari sekarang.
It’s always about friendship and love |