Gambar Kenangan beramai – ramai |
Hari pertama merupakan hari pendaftaran bagi peserta – peserta dari sembilan keuskupan di Malaysia. Peserta – peserta ini telah dibahagikan dan ditempatkan di tiga tempat utama di Keuskupan Pulau Pinang. Bagi tiga Keuskupan dari Sarawak (Miri, Sibu. Kuching) dan tiga Keuskupan dari Sabah (Keningau, Sandakan, Kota Kinabalu), mereka telah ditempatkan di Church of the Risen Christ, Ayer Itam. Manakala bagi peserta – peserta dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur dan Keuskupan Melaka-Johor telah ditempatkan di Cathedral of the Holy Spirit, Georgetown. Bagi peserta – peserta tuan rumah (Keuskupan Pulau Pinang), mereka telah ditempatkan di College General, Tanjung Bungah. Selain daripada menginap
Bagi peserta – peserta yang berada di Church of the Risen Christ, hari pertama dimulakan dengan Praise and Worship yang dikendalikan oleh Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan. Sesi kemudiannya diteruskan dengan briefing oleh pihak penganjur berkenaan dengan keseluruhan program.
Briefing dari pihak penganjur MCCSD 2 |
Sejurus selepas briefing, peserta dibawa dalam persiapan untuk Mission Work yang akan dijalankan pada hari kedua. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan masing – masing telah dipimpin oleh sekumpulan fasilitator.
Selesai sahaja penjelasan berkenaan Mission Work, peserta – peserta kemudianya menuju ke Catheral of the Holy Spirit untuk Misa Pembukaan yang dirayakan oleh Bapa Uskup Agung Simon Poh dari Keuskupan Agung Kuching, Sarawak yang juga merupakan Uskup yang bertanggungjawab keatas Pelayanan Belia dan Pelajar Kampus dibawah naungan Konferensi Para Bishop Malaysia, Singapura dan Brunei. Turut serta merayakan misa pembukaan ini adalah Bapa Uskup Sebastian Francis, Uskup Keuskupan Pulau Pinang.
Bapa Uskup Agung Simon Poh |
Pada awal misa pembukaan ini kedua – dua Bapa Uskup Agung Simon Poh dan Bapa Uskup Sebastian Francis telah mengalu – alukan semua peserta ke MCCSD 2 dan berharap agar peserta – peserta dapat mengalami Yesus di sepanjang program ini dijalankan.
Selepas misa, para peserta dijemput untuk menjamu makan malam di dewan diikuti dengan Konsert Muda – Mudi sebagai pembuka acara bagi program MCCSD kali ke 2 ini. Pihak penganjur turut mengongsikan serta mengingatkan kepada para peserta berkenaan tema dan objektif bagi penganjuran ini. Agar dapat dihidupi disepanjang 5 hari program ini dijalankan.
Konsert Pembukaan Muda – Mudi |
Hari pertama program MCCSD ke 2 diakhiri dengan doa malam ditempat masing – masing sebelum berangkat ke rumah keluarga angkat masing – masing.
Saya berasa gembira dan dipenuhi dengan sukacita kerana berpeluang untuk menyertai program yang melibatkan semua belia kampus di seluruh keuskupan di Malaysia. Apa yang paling menyentuh bagi saya disepanjang program ini diadakan adalah saat saya mengikuti perarakan Blessed Sacrament dari Gereja Our Lady of Sorrow ke Gereja St Francis Xavier yang berjarak 2 kilometer. Saya dapat merasakan satu kedamaian melalui Ekaristi itu. Terima Kasih Yesus! Satu perkara yang ingin saya kongsikan kepada para belia di paroki saya adalah berkenaan dengan “The Pope’s Letter on Three Marian Themes” yang berkaitan dengan keimanan, discernment dan panggilan. Perkara ini sangat penting bagi para belia mengetahuinya terutama sekali tentang iman Katolik dan bagaimana menghidupi Iman Katolik. Perkara yang amat saya syukuri adalah dapat mengikuti semua program sepanjang MCCSD 2 ini dengan kesihatan yang baik kerana saya hampir mengundur diri dari penyertaan ini kerana kurang sihat sebelum MCCSD ini bermula. Puji Tuhan!