Hari yang kedua YLC 6 telah membawa peserta untuk melihat keperibadian mereka sebagai manusia yang penuh dengan cabaran dan kebahagian hidup. Sesi – sesi yang mereka lalui diharap dapat membantu mereka untuk menemui semula diri mereka dan membaharuinya agar dapat diperteguhkan dalam sesi serta aktiviti pada hari yang ketiga dengan bertemakan “MARIA”. Pada hari ketiga, para peserta akan dikongsikan tentang keperibadian Bonda Maria dan apa yang boleh dipelajari dari sesi – sesi sepanjang hari.
Misa harian yang diselebrankan oleh Rev. Fr. David Garaman, Penasihat Rohani bagi Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan dan Paderi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan merupakan pembukaan pada hari yang ke tiga. Di dalam homilinya, Rev. Fr. David bertanyakan kepada peserta sekiranya ada terdapat perubahan selepas mengikuti program – program belia, mengongsikan cerita orang bisu dan pekak yang hidup di dalam dunia mereka sendiri sebab tidak dapat berkomunikasi secara normal. Akan tetapi apabila mereka disembuhkan , mereka mempunyai kegembiraan yang luar biasa. Rev. Fr. mengajak para peserta untuk merenung kembali panggilan untuk melayani. Ada yang berhadapan dengan situasi tim belia berpecah di depan mata tapi masih memilih untuk terus menjadi SI BISU DAN SI PEKAK. Maka dengan itu belia perlu menerima kesembuhan dengan menyahut panggilan menjadi pemimpin walaupun banyak dugaan.
Sesi pertama mengajak peserta untuk mengupas dan merenung tema YLC 6 iaitu Lukas 1:30 “Jangan takut, Maria, Kerana Allah Berkenan Kepada mu.” Tema YLC 6 ini telah diperkongsikan kepada peserta dengan melanjutkan petikan dari Lukas 1:30 sehingga 33. agar dapat memahami apa yang ingin disampaikan dalam tema itu. Terdapat 8 kata kunci utama yang telah ditekankan seperti berikut:
- Jangan takut,
- Allah berkenan kepada engkau,
- Engkau akan mengandung,
- Yesus, Dia akan menjadi agung (penting),
- Akan disebut anak Allah yang Maha Tinggi,
- Tuhan Allah akan menjadikan Dia raja,
- Yesus akan memerintah (umatnya),
- Kerajaan-Nya takkan berakhir
Berdasarkan kepada kata kunci ini, Rev. Fr. David mengulas bahawa menjadi seorang pemimpin itu bukan sesuatu yang mudah. Namun jangan takut untuk berani menyahut panggilan itu kerana Allah tidak pernah silap untuk memanggil dan memilih orang untuk mengerjakan misi – Nya. Maka setiap belia perlu menjadikan Yesus yang terutama dalam setiap hal dalam kehidupan sebagai seorang yang melayani.
“Kita akan menjadi sempurna apabila Allah melihat wajah-Nya didalam kamu.”
~ Rev. Fr. David Garaman ~
|
Rikkie Teneros sedang mengongsikan kepentingan kesatuan sebagai satu pasukan |
Untuk aktiviti Team Building yang pertam, peserta di minta untuk berbaris dalam 3 barisan mengikut penglibatan mereka dalam YLC 1, YLC 2, YLC3, YLC 4, YLC 5 dan YLC 6. Ternyata 80% peserta yang mengikuti YLC 6 adalah wajah – wajah baru. Disini mereka, diminta untuk menyampaikan empat pergerakkan kepada setiap seorang ahli dalam kumpulan secara satu persatu. Mereka diberikan 10 saat untuk menyampaikan empat pergerakkan itu kepada seoang ahli dan penyampaian tersebut akan disampaikan sehingga orang yang terakhir.
Selesai aktiviti peserta mengekpresskan perkongsian mereka dengan melukis. Lukisan itu akan digunting dan dijadikan seperti jigsaw puzzle untuk digunakan untuk sesi ‘MARIA’ di waktu petang.
Hari ketiga diteruskan dengan Sesi ‘MARIA’ yang telah disampaikan oleh Puan Eve Siruno. Beliau merupakan Kordinator bagi Komisi Keluarga Keuskupan dan melayani sepenuh masa dalam Tribunal Gereja Keuskupan.
Walk in the Path that I have mark for you ~ God |
Maka oleh itu sangat sangat penting untuk terus kekal berhubung dengan Tuhan dengan cara berdoa (Saya berkomunikasi dengan Tuhan) dan membaca alkitab (Tuhan berkomunikasi dengan saya.) Kekalkan berhubung dengan Tuhan agar dapat dibimbing, agar dapat melihat gambaran yang besar Tuhan sedang rancangankan dan untuk mendapatkan galakan dan inspirasi.
Peserta membuat surat ‘Dari Tuhan untuk Saya’ |
Peserta dari Paroki Telupid membantu dalamDoa Taize |
Semasa doa Taize dijalankan peserta dijemput untuk menulis surat dari Tuhan untuk diri mereka. Seolah – olah Tuhan yang menulis surat kepada mereka dan menyerahkannya serta mendoakan apa yang mereka tuliskan kepada Tuhan. Doa Taize kemudiannya ditutup dengan doa permohonan dan Doa Bapa Kami serta lagu – lagu Taize.