Sandakan – Pada 13 sehingga 15 Disember 2019 ahli tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) sekali lagi bertemu sebelum mengakhiri tahun 2019. Seramai 15 orang ahli KBK telah menghadiri pertemuan ini termasuk 3 orang pemerhati masing – masing dari Paroki Lahad Datu dan Paroki Sandakan. Apa yang berubah pada kali ini adalah kehadiran Rev. Fr. Dafrinn Diwol sebagai Penasihat Rohani yang baharu dan akan meneruskan pelayanan Rev. Fr. David Garaman yang merupakan Penasihat Rohani KBK sebelumnya.
|
Misa harian yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Dafrinn Diwol |
Pertemuan pada 14 Disember 2019 dimulakan dengan misa harian dan dikuti dengan study day berkenaan dengan dokumen gereja Christus Vivit (Kristus Hidup). Dokumen ini merupakan hasil daripada pertemuan atau Sinod para Bishop seluruh dunia pada 3 sehingga 28 Oktober 2018 yang lalu dan menjadikan belia sebagai agenda utama. Terdapat sembilan (9) bab dalam dokumen ini dan semuanya berkenaan dengan keperluan seorang belia yang melayani dan dilayani. Selain itu pengisian dalam dokumen ini memperlihatkan realiti belia di zaman sekarang dan memerlukan metod penjangkauan yang sesuai. ‘Berjalan bersama’ amat ditekankan dalam dokumen ini, iaitu berjalan bersama bukan sahaja dengan sesama belia, paderi dan religus akan tetapi bersama dengan seluruh komuniti. Ini adalah kerana ‘berjalan bersama’ ini melengkapkan sesama terutama sekali dari segi pelayanan dan kekuatan iman. Ahli tim KBK secara sukarela telah memilin bab dalam Christus Vivit untuk mereka sampaikan dalam pertemuan ini. Masing – masing telah lebih dahulu membuat ‘study’ berkenaan bab tersebu sebelum menyampaikannya semasa pertemuan KBK.
|
Sr. Rusiah Garuk, fsic – Bab 1: What does the Word of God have to say about young people? |
|
Rev. Fr. Dafrinn Diwol – Bab 2: Jesus, Ever Young |
|
Corey Felino Henry – Bab 3: You are the ‘Now’ of God dan Bab 5: Paths of Youth |
|
Martinus Simon – Bab 4: A great Message for all young people |
|
Esther Alim Albert – Bab 6: Young People with Roots |
|
Anna Teresa Peter Amandus – Bab 7: Youth Ministry |
|
Gregory Michael Harumal – Bab 8: Vocation |
|
Herry Francis Kamuntah – Bab 9: Discernment |
Semua ahli tim KBK merasa dipenuhi dengan inspirasi, pengetahuan dan peneguhan dari Bapa Suci Fransiskus melalui Christus Vivit. Namun, merasakan tidak cukup masa kerana untuk mendalami dokumen ini dalam satu hari sememangnya tidak cukup. Dimasa akan datang sekiranya ada lagi study day berkenaan dengan dokumen gereja, ia perlu diadakan sekurang – kurangnya dua hari. Selesai study day, semua ahli tim berkumpul untuk malam fellowship bersama – sama dengan mantan Penasihat Rohani KBK, Fr. David Garaman dan Dikon Stephen Esguerra. Pada masa yang sama merayakan hari Natal bersama dengan bertukar – tukar hadiah dan diakhiri dengan gambar kenangan bersama.
Pada 15 Disember 2019, ahli tim KBK bertemu dalam perayaan Ekaristi dalam Minggu Adven yang ke – 3 dan seterusnya mesyuarat KBk yang ke – 29. Antara yang diperbincangkan adalah program – program belia di peringkat Keuskupan iaitu YouthPrepLink Batch 10, Ulang Tahun Kerasulan Belia Keuskupan ke 10, SYD 5 dan Pertemuan pelajar – pelajar Kampus Katolik.
|
Mesyuarat KBK ke – 29 |
Tahun ini merupakan satu lagi tahun yang mencabar namun banyak berkat pengajaran serta pertumbuhan dari segi iman dan pelayanan. Semoga tahun 2020 akan lebih dirahmati dengan inspirasi dan cinta kasih.
Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Uskup Julius Dusin Gitom, para paderi, para religius dan seluruh umat Katolik di Keuskupan Sandakan, Selamat Merayakan Hari Natal 2019 dan Selamat Tahun Baru 2020!