6 Oktober 2021- Sebuah program ‘Kupi-kupi” anjuran Kerasulan Belia Keuskupan KBK / DYA Sandakan bersama pelajar- pelajar kampus telah diadakan. Program tersebut dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom yang dihadiri oleh pelajar kampus yang berasal dari keuskupan Sandakan yang sedang atau akan melanjutkan pelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi yang ada di Negara ini.
Dalam program tersebut, tiga sesi telah dijalankan iaitu sesi yang pertama dimulakan dengan perkongsian daripada saudari Fettwinda Sipaan mengenai kehidupan belajar di kampus. Perkongsian tersebut bertujuan untuk memberi gambaran mengenai perkara yang akan dialami oleh pelajar semasa melanjutkan pelajaran di kampus.
Seterusnya, sesi kedua ialah sesi ‘breakout room’ iaitu sesi perkongsian mengenai hasil dapatan daripada perkongsian ‘Hidup di Kampus’. Selesai sahaja sesi kedua, program diteruskan dengan perkongsian daripada saudari Elisha De Los mengenai pengalaman pahit manisnya ketika dia melanjutkan pelajaran dan bagaimana dia menghadapinya.
Secara keseluruhannya, program ini memberi manfaat kepada semua khususnya para pelajar yang sedang dalam proses meneruskan pelajaran kerana program ini bukan sahaja memberi semangat kepada pelajar malahan melalui sesi ‘breakout room’, dapat memberi ruang untuk mengenali di antara satu sama lain dan juga untuk merasai bahawa mereka tidak sendirian.