TELUPID – Akibat pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia, banyak program gereja yang terpaksa ditangguhkan sebagai langkah berjaga-jaga dan mengekang penularan wabak tersebut. Tidak terkecuali, calon-calon komuni kudus pertama juga terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama dan akhirnya pada 5 Disember 2021 yang lalu, seramai 57 orang calon telah menerima komuni kudus pertama mereka bertempat di Gereja St. Martin, Telupid.

Fr. Christopher Ireneus memberikan kata-kata aluan sebelum para calon memulakan rekoleksi.

Calon-calon komuni kudus pertama hadir ke rekoleksi bersama ibu bapa.

Seminarian Edward Yahan menyampaikan sesi bertajuk Ekaristi.

Terdahulu, para ibu bapa bersama calon telah menghadiri rekoleksi yang diadakan pada 4 Disember 2021. Semasa rekoleksi tersebut, Seminarian Edward Yahan telah menyampaikan sesi yang bertajuk Ekaristi. Para calon disegarkan kembali tentang apa yang telah mereka pelajari mengenai Ekaristi dan lebih memahami tentang Tubuh dan Darah Kristus yang bakal diterima.

Sesi raptai

Paderi paroki memberikan sedikit katekesis mengenai sakramen pengakuan kepada para calon

Selepas sesi tersebut, Seminarian Edward sekali lagi mengetuai sesi raptai bersama calon sebagai persiapan sebelum penerimaan komuni kudus pertama. Seterusnya, para calon mempersiapkan diri untuk menerima sakramen pengakuan. Fr. Christopher Ireneus telah menyampaikan sedikit katekesis mengenai sakramen pengakuan kepada mereka disusuli dengan upacara penerimaan sakramen pengakuan kepada semua yang bakal menerima komuni kudus pertama.

Para calon mempersiapkan diri sebelum menerima sakramen pengakuan

“Dan hari ini kita melihat anak-anak yang akan menerima komuni pertama mereka. Mereka akan mengalami suatu pengalaman yang baru dalam kehidupan rohani mereka. Pakaian putih yang mereka pakai melambangkan kesediaan mereka untuk menyambut Kristus, menerima Kristus dalam kehidupan mereka apabila menerima Sakramen Komuni”, demikian antara kata-kata yang disampaikan oleh paderi semasa homili.

Calon-calon komuni kudus pertama

Penerimaan komuni kudus pertama

Sesi bergambar bersama paderi paroki

Selain itu, paderi turut berpesan kepada semua calon komuni kudus pertama agar dapat menjadi seperti apa yang akan diterima (Kristus). Adakah selepas ini masih akan meneruskan cara hidup yang lama ataupun menjadikan diri seperti Kristus serta bersaksi tentang kehidupan rohani kepada orang lain. Para ibu bapa juga diingatkan agar dapat terus membimbing kehidupan anak-anak mereka serta menyedari akan tanggungjawab masing-masing terhadap anak mereka selepas ini. –Soccom