Oleh Nancy Ola

Pada 1 Mei 2022, Misa Gabungan Belia telah diadakan bagi luarstasi Kunak yang telah dihadiri seramai 95 orang belia daripada Kapela St. Angeline, Kapela St. Peter, Kapela St. Joseph dan Kapela Divine Mercy. Misa Kudus yang bermula pada 8:30 pagi itu, telah diselebrankan oleh Rev. Fr. Marcelinus Pongking.

Dalam homili, Rev Fr Marcelinus mengucapkan tahniah atas kejayaan dalam mengumpulkan kembali belia dari 4 kapela di St. Peter, Kunak. Beliau berharap agar objektif bagi Misa gabungan belia ini iaitu ‘Menyemarakkan kembali semangat dalam melayani sesama dan Tuhan Yesus Kristus’, dapat membangkitkan hubungan kristiani antara belia di gereja serta mengaktifkan kembali aktiviti-aktiviti kerohanian dalam kalangan belia agar dapat dicapai dengan sebaiknya kerana belia adalah masa depan gereja.

Time of Life

Ice Breaking

Sesi Sharing Berkumpulan

Selepas Misa Kudus berakhir, beberapa aktiviti turut diadakan iaitu Nyanyian Pujian dan Penyembahan (Time of Life), sesi Ice Breaking, Sharing berkumpulan dan permainan.