oleh Rogena Sining
Sandakan: Sempena Pesta Santo Markus pada 25hb April, Gereja St. Mark, di bawah Paroki Katedral St. Mary, Sandakan turut merayakan hari ulang tahun penubuhannya yang ke-29 tahun.
Perayaan bermula dengan Misa Kudus pada jam 7.30 malam yang dihadiri seramai lebih kurang 150 umat. Misa ini telah dirayakan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, dibantu oleh Rev. Fr. Stephen Esguerra. Perayaan Ekaristi ini telah berlangsung dengan penuh makna bagi semua umat Gereja St. Mark.
Terdahulu, dua pertandingan telah dijalankan iaitu pertandingan badminton tertutup yang diadakan di Dewan Serbaguna Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (PPOUS) pada 23hb April 2022. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Beregu Lelaki dan Beregu Wanita. Pertandingan seterusnya, iaitu pertandingan bola sepak tertutup yang telah diadakan di Padang Bola Forest Research Centre (FRC), Sepilok pada 24hb April 2022. Pertandingan tersebut telah disertai oleh empat pasukan lelaki yang mewakili Komuniti Kristian Dasar (KKD) masing-masing dan dua lagi pasukan wanita. Aktiviti ini merupakan aktiviti pertama diadakan di luar Gereja St. Mark selepas dua tahun akibat pandemik Covid-19 dan Standard Operating Procedure (SOP) telah dilonggarkan oleh Kerajaan Malaysia.
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_11-24-29-1024x768.jpg)
Sdra. Dimeh Koyopo dan isteri mempersembahkan gimik perasmian Pertandingan Tertutup Badminton
Acara kemuncak ialah Perayaan Pesta Santo Markus di Gereja St. Mark dimulakan dengan Perayaan Ekaristi dalam dua bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia untuk manfaat umat-umat setempat yang terdiri dari komuniti Cina, Kadazandusun dan Timor.
“Santo Markus yang juga dikenali sebagai Pengarang Injil, bukan salah seorang dari kedua belas para rasul Kristus, melainkan lebih kepada menjadi setiausaha Santo Petrus di Kota Roma. Beliau juga yang telah menterjemah semua ajaran Santo Petrus supaya orang di Roma memahami apa yang ingin dikatakan oleh Santo Petrus”, demikian petikan homili Bapa Uskup Julius Dusin Gitom. Prelatus itu seterusnya mengulas bahawa karyanya, iaitu Injil Santo Markus merupakan salah satu daripada empat Injil yang memberi kita pengetahuan tentang kejadian-kejadian yang berlaku dalam hidup Yesus Kristus. Sambungnya, “Santo Markus juga pernah menjelajah bersama Santo Paulus, Barnabas dan Santo Petrus untuk menyebarkan khabar gembira kepada manusia sejagat.”
Selesai Perayaan Ekaristi, para umat dijemput untuk berkumpul di dewan bagi majlis makan malam. Sdra. Fabian Koret, Pengerusi Komiti Pastoral St. Mark dalam ucapannya, turut berterima kasih atas kerjasama dan sokongan umat, sehingga perayaan Ulang Tahun Gereja St. Mark berjaya dilaksanakan. Beliau turut mengongsikan sedikit latar belakang tentang penubuhan awal gereja sehingga ke hari ini. “Sebab seperti tubuh tanpa roh adalah mati, demikian jugalah iman tanpa perbuatan adalah mati.” (Yak 2:26)
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/WhatsApp-Image-2022-04-30-at-11.13.52-AM-1.jpeg)
Sdra. Fabian menyampaikan ucapannya
Seterusnya, Rev. Fr. David Garaman dalam ucapannya meluahkan rasa gembira beliau dan tahniah kepada ahli penganjur majlis makan malam tersebut. “Sepanjang tempoh 2 tahun tiada aktiviti gereja, Yesus mengajak kita untuk merenung bahawa kita harus sentiasa berhati-hati kerana tiada seorang manusia pun kebal. Namun, Yesus mengajar bahawa kita harus menghargai kehidupan.” Beliau turut berharap agar aktiviti di masa hadapan dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain serta dapat dikuatkan dari segi rohani dan kesatuan secara lahiriah. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau mengingatkan sekali lagi kepada para umat untuk sentiasa menjaga diri agar tidak dijangkiti oleh Virus Covid-19.
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-56-32-768x1024.jpg)
Rev. Fr. David Garaman menyampaikan sepatah dua kata
Selepas itu, acara diteruskan dengan persembahan dari Komiti Pastoral St. Mark. Kemuncak majlis makan malam iaitu penyampaian hadiah bagi para pemenang pertandingan hias telur Paskah serta pertandingan tertutup badminton dan bola sepak. Acara diakhiri dengan doa penutup oleh Rev. Fr. Stephen Esguerra.
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-57-27-1024x768.jpg)
Sr. Noemi Mejia menyampaikan hadiah kepada Johan Badminton Kategori Wanita, Sdri. Roslin dan Sdri. Rosalind.
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-57-41-1024x768.jpg)
Naib Johan Badminton, Sdri. Juriah dan Sdri. Jovinia
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-57-59-1024x768.jpg)
Rev. Fr. Stephen Esguerra menyampaikan hadiah bagi Johan Badminton Kategori Lelaki, Sdra. Patmos dan Sdra. Wilfred
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-58-08-1024x768.jpg)
Naib Johan iaitu Sdra Billy dan Sdra. Andrianus
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-59-06-1024x768.jpg)
Pemenang tempat ketiga bagi pertandingan bola sepak iaitu KKD St. Michael
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-58-55-1024x768.jpg)
Naib johan dimenangi oleh KKD St. Francis of Assisi
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-58-46-1024x768.jpg)
Johan telah dimenangi oleh KKD St. Ignasius
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-59-25-1024x768.jpg)
Naib Johan bagi pertandingan Bola Sepak kategori wanita ialah kumpulan Belia St. Mark
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-59-33-1024x768.jpg)
Johan Pertandingan Bola Sepak iaitu kumpulan Kerasulan Wanita Katolik St. Mark
![](https://www.dioceseofsandakan.org/wp-content/uploads/2022/04/photo_2022-04-30_10-59-49-1024x768.jpg)
Anugerah Khas bagi Pemain Veteren Bola Sepak disampaikan kepada Sdra. Edesius Mijeh