oleh Jessika Denis

SANDAKAN – Pada 30 Julai 2022 yang lalu, Kerasulan Belia Paroki atau Parish Youth Apostolate (PYA) telah mengadakan rekoleksi bertempat di Bilik Konferensi Paroki, Katedral St. Mary, Sandakan. Rekoleksi khas untuk ahli Tim PYA ini merupakan yang pertama dilaksanakan secara bersemuka sejak musim pandemik Covid-19.

Sr. Noemi Mejia, FSIC sedang menyampaikan sesi Knowing You, Knowing Me

Terdapat dua sesi yang menjadi inti pati dalam rekoleksi ini. Tajuk sesi pertama ialah Knowing You, Knowing Me yang disampaikan oleh Sr Noemi Mejia, FSIC yang merupakan Koordinator bagi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan. Sr Noemi, FSIC mengatakan bahawa setiap ahli Tim PYA perlu mengenali identiti diri sendiri terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana, identiti diri adalah cermin kepada siapa diri kita, apa yang kita percaya, apa yang kita lakukan dan apa yang kita hargai. Antara cara untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam adalah dengan mengetahui dan memahami kelebihan dan kelemahan diri serta lebih banyak mendengarkan suara hati.

Michael Phoon, Koordinator PYA menyampaikan cenderahati kepada Sr Noemi, FSIC

Sesi kedua bertajuk Organizing Ourselves For Parish Youth Apostolate Misson yang disampaikan oleh Rev Fr David A Garaman, Paderi Paroki merangkap Penasihat Rohani PYA. Antara kata kunci bagi sesi kedua ini ialah evangelisation. Rev Fr David telah menerangkan bahawa evangelisasi ialah penginjilan tentang  Khabar Gembira, kehidupan, kesaksian dan yang paling utama ialah penginjilan tentang seseorang iaitu Yesus Kristus. Gereja berperanan untuk menginjil sama ada secara peribadi mahupun berkumpulan. Selain itu, Rev Fr David juga telah memberi pendedahan secara umum kepada ahli Tim PYA berkaitan tentang Dokumen Evangelii Gaudium atau The Joy of the Gospel yang ditulis oleh Bapa Suci Paus Fransiskus. Pada akhir sesi, Rev Fr David telah mengemukakan beberapa soalan kepada ahli Tim PYA untuk dibincangkan dalam kumpulan kecil. Antaranya ialah;

  1. What do you understand about EVANGELIZATION
    a. in general
    b. to specific ministry such as youth
  2. What do we do well already
    a. as individual
    b. as member in PYA
  3. What Evangelizing initiatives (to the youth) would we like to make a priority and why?

Sesi perbincangan dalam kumpulan

Berdasarkan sesi perbincangan ini, tiga kata kunci telah diperolehi iaitu kesatuan (unity), pembentukan (formation) dan berjalan bersama (accompaniment). PYA perlu memantapkan lagi kesatuan melalui pembentukan iman secara peribadi dan sesama dengan berteraskan Misa Kudus/Ekaristi kerana hubungan peribadi dengan Yesus akan memberikan pengalaman untuk bersaksi yang mana akhirnya dapat digunakan untuk menjangkau belia sehingga dapat berjalan bersama.

Antara aktiviti lain yang telah dilakukan sepanjang rekoleksi ini juga ialah Time of Life, sesi makan minum dan games. Akhir sekali, diharapkan rekoleksi ini mampu memberikan pengetahuan serta memantapkan lagi pembentukan dalam Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan.

Michael Phoon, Koordinator PYA menyampaikan cenderahati kepada Rev Fr David A Garaman

Sesi bergambar ahli PYA bersama Fr David dan Sr Noemi, FSIC