Pada 23 November 2022, seramai 45 orang peserta telah mengikuti program kesiapsiagaan menghadapi bencana yang dianjurkan oleh Caritas Sabah (Caritas Diosis Kota Kinabalu, Caritas Diosis Keningau dan Caritas Diosis Sandakan).

Program Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana diadakan khusus bagi ahli – ahli Caritas dari ketiga – tiga Diosis, namun jemputan telah dipanjangkan kepada ahli – ahli Majlis Pastoral Paroki. Ini adalah kerana, sekiranya berlaku bencana, pihak MPP dan Tim Pelayanan Caritas Paroki boleh bekerjasama dalam tindakan memberi bantuan.

Sesi pertama telah disampaikan oleh Prof. Dr. Felix Tongkul. Dengan kepakaran beliau, para peserta dikongsikan dengan jenis bencana yang berlaku, punca dan kesannya kepada komuniti.

Sesi kedua pula telah disampaikan oleh Tuan Jupiri Bin Apou, seorang Penguasa Bomba di Kota Kinabalu. Beliau telah mengongsikan fungsi bomba dalam menangani dan mengurangi bencana serta menjelaskan bagaimana komuniti boleh membantu.


Sesi ketiga telah disampaikan oleh saudari Edna Salumbi dari MERCY Malaysia cawangan Sabah. Pengongsian saudari Edna lebih kepada pengurusan risiko bencana di peringkat komuniti.

Ketiga – tiga sesi sangat informatif dan telah memberikan manfaat dalam pencegahan bencana, persiapan peribadi dan komuniti untuk menghadapi bencana dan pengurusan peribadi dan komuniti di peringkat awal sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku bencana.

Ketiga – tiga penyampai sesi juga telah mencadangkan agar satu ahli jawatan kuasa kecil di wujudkan di paroki masing – masing untuk melihat dan merancang cara bertindak sekiranya berlaku apa – apa bencana.

Masa yang disediakan amat singkat. Para penganjur, para peserta dan penyampai sesi bersetuju sekiranya program seumpama ini diadakan sekali lagi di diosis masing – masing agar maklumat dapat di kongsikan lebih jelas.

Meskipun dalam masa program adalah singkat, pihak penganjur berharap agar pendedahan ini akan memberi kesedaran kepada ahli – ahli Caritas dan ahli – ahli MPP serta jemputan lain untuk sentiasa bersiap sedia untuk segala kemungkinan bencana akan berlaku.