Mujimah @ Maureen Ayong
Misi Paitan – Pada 15 April 2023 bersamaan hari sabtu, penubuhan pelayanan hidup keluarga telah ditubuhkan dengan kehadiran daripada komiti Keuskupan Sandakan dan umat setempat seramai 45 orang.
“Adalah kehendak Tuhan untuk mencipta kita dan membawa kita ke dalam keluarga-NYA untuk berkongsi dengan kita semua yang Dia miliki. Maka dengan itu, syurga adalah tujuan kita semua dan ini harus dipupuk terutama dalam keluarga kita.” demikian petikan homili Fr Arthur dan pengenalannya tentang keluarga.
Pn. Eva dalam kata-kata pengenalannya mengatakan “Unit terkecil, sel asas Gereja bukanlah individu, ia adalah keluarga atau komuniti kecil yang dicontohi oleh keluarga. Dengan kata lain, keluarga yang kuat akan menjadikan Gereja yang kuat. Tidak ada lagi keluarga, maka tidak ada lagi Gereja.”
Penubuhan AJK induk dan AJK biasa bagi pelayanan hidup keluarga ini berdasarkan undian daripada umat yang hadir dan dipersetujui oleh semua yang hadir khususnya paderi penguasa misi Paitan Rev. Fr. Arthur John. Mereka yang telah dipilih menerima tanggungjawab masing-masing tanpa paksaan.
Berikut adalah nama-nama AJK pelayanan keluarga Misi Paitan.
- Pengerusi : Welly Pius
- Pen. Pengerusi Suzie Paulus
- Setiausaha : Mujimah Ayong
- Pen. Setiausaha : Anna Sauna Majaun
- Bendahari : Linda Binsu
Penubuhan AJK induk dan AJK biasa ini bertujuan untuk membentuk satu kumpulan yang bergerak ke chapel-chapel di kawasan Misi Paitan sebagai kumpulan pelayanan keluarga di sana.
Semoga dengan penubuhan kumpulan pelayanan keluarga ini dan melalui program-program yang akan dijalankan dapat membantu umat di Misi Paitan untuk terus berjalan bersama bagi membangun keluarga dan gerejanya seturut kehendak Tuhan.