Program ‘Turun Padang’ menuju Malaysia Pastoral Convention 2026 telah diadakan di Paroki St. Martin, Telupid pada 17 Jun 2023. Manakala Paroki Katedral St. Mary, Sandakan yang merupakan destinasi turun padang terakhir bagi Keuskupan Sandakan pula ialah pada 29 – 30 Jun 2023. Masing-masing paroki tersebut telah dihadiri seramai 50 dan 77 pemimpin-pemimpin gereja. Pemimpin Komuniti Kristian Dasar (KKD) juga ada terlibat.

Program ‘Turun Padang’ menuju Malaysia Pastoral Convention 2026 di Paroki St. Martin, Telupid

Program ini dimulakan dengan pembentukan iman melalui sesi – sesi seperti Expectation Check, Reality Check, Weather Check dan diakhiri dengan I Am a Mission. Pembentukan singkat ini diadakan untuk memberi kesedaran tentang panggilan mereka sebagai yang melayani, mengingatkan mereka tentang Gereja dan agama yang di imani iaitu Katolik, berpijak kepada dunia nyata dengan melihat realiti – realiti di sekeliling mereka dan menanamkan semangat Misi di dalam hati mereka.
Selain itu, para peserta juga dikongsikan dengan cara untuk berdoa, merenung dan berkongsi yang lebih sinodal melalui Spiritual Conversation.
Para pemimpin-pemimpin gereja turut dikongsikan dengan informasi-informasi tentang Malaysia Pastoral Convention (MPC) 2026. Selepas itu, mereka diberikan masa untuk membuat latihan bagaimana untuk mengadakan Perhimpunan Pastoral Paroki dan menggunakan Pelan Pastoral Keuskupan untuk merancang program paroki.
Semoga pemimpin-pemimpin gereja yang telah melalui program ‘turun padang’ ini akan lebih semangat dan akan mengongsikan serta membawa umat gereja yang lain untuk turut serta dalam perjalanan menuju MPC 2026!
Berikut merupakan perkongsian dari beberapa pemimpin gereja bagi Katedral St. Mary, Sandakan.
Cesar Escobido Jr.

Perkara paling berharga yang saya perolehi dalam program ini ialah saya dapat mendalami ajaran Katolik kita dan berjalan bersama umat sehaluan dengan pelayanan pastoral kita. Perkara pertama yang saya ingin lakukan ialah berkongsi informasi kepada keluarga dan kawan-kawan seiman tentang visi dan misi diosis kita terutamanya sekarang menuju ke Malaysia Pastoral Convention 2026. Saya berharap agar semua umat turut serta dalam perjalanan ini menuju ke MPC 2026.

 

 

 

Anathasia Thomas
Saya dapat mengetahui serba sedikit mengenai Pelan Pastoral yang sangat penting untuk dijalankan bersama dalam 1 komuniti. Doa Diosis juga bertepatan dengan misi Pelan Pastoral itu sendiri. Ada banyak info mengenai misi pelayanan yang disampaikan oleh Sister Martina dan Fr. David untuk saya lebih mendalami akan iman Katolik. Saudari Anna juga memberikan penjelasan yang amat jelas mengenai maksud MPC. Saya sebagai umat perlu melaksanakan misi saya untuk membantu dalam setiap program Gereja dengan memberikan penyertaan aktif.

Perkara pertama yang saya dapat lakukan ialah berkongsi pengalaman saya kepada rakan sekeliling termasuk ahli keluarga mengenai Pelan dan aktiviti Gereja. Seiring dengan tema Gereja Sinodal iaitu Persekutuan, Partisipasi & Misi. Sebagai umat Katolik, adalah penting untuk berjalan bersama dan mengetahui perkembangan dalam pembangunan Gereja terutama dalam membantu lebih ramai lagi umat yang terpinggir dan berasa terasing.

Saya berharap agar perjalanan MPC ini dapat membuka ruang untuk lebih ramai lagi umat datang kepada Tuhan dengan mengetahui akan kepentingan mereka dalam setiap pelayanan/aktiviti yang diadakan di Gereja. Ia juga akan memperdalamkan lagi pengetahuan umat Katolik untuk menjadi lebih peka akan isu-isu semasa dan membuat tindakan sewajarnya bagi membantu mereka yang memerlukan.

 

Maria Lourdes Dy

Perkara paling berharga dan bermakna yang saya perolehi adalah MASA yang telah saya luangkan untuk menyertai program MPC Turun Padang ini. It was such ‘a good call’ for me kerana program seperti ini memberikan saya kesedaran/awareness tentang apa yang disekeliling kita dan gereja masa kini sedang hadapi. Awareness seperti ini mampu membuka mata saya untuk merenung lebih dalam tentang betapa ‘sakitnya’ dunia kita sekarang.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan selepas menghadiri program ini adalah membuat ‘self-check’, dimana kemampuan diri saya. Bermula dengan membuat tindakan terhadap diri sendiri terlebih dahulu, pupuk kesedaran itu contohnya kesedaran berkaitan Ekologi, tanam tanggungjawab itu dengan lebih ‘peka’ terhadap alam sekitar. Dan jika ada kesempatan, akan turut sama mengambil bahagian untuk melibatkan diri jika ada penganjuran. Namun yang paling utama adalah ‘ask God for discernment, seek for it’, agar biarlah setiap tindakan dan permulaan itu dipimpin oleh Roh Kudus.

Perkara yang saya harapkan sepanjang perjalanan paroki Katedral St. Mary, Sandakan menuju MPC 2026 adalah semoga umat-umat kita di setiap gereja dapat disatukan dan berjalan bersama tidak kira bangsa dan rumpun seseorang itu mahupun daripada mana-mana komuniti di paroki seseorang itu melayani. Harapan saya juga agar umat-umat kita lebih terbuka hati dan faham apa yang misi ini sampaikan.