oleh Jasrin Maisin

Paitan: Sambutan sempena Hari Belia Sedunia peringkat Misi Paitan telah disertai seramai 53 orang belia bersama Rev. Fr. Arthur John sebagai Paderi Penguasa Misi Paitan, dan  Sr. Noemi, Fsic serta rombongan.

Program pada 25 November, telah dimulakan dengan kata-kata aluan dari Rev. Fr. Arthur dan disusuli dengan suai kenal bersama para belia. Seterusnya, pengenalan tentang Hari Belia Sedunia telah disampaikan oleh Sdra. Jasrin Maisin. Sesi “Bersukacita dalam pengharapan” (Roma 12:12) telah disampaikan oleh Sister Noemi.

Dalam program ini juga diselitkan sesi Pujian dan Penyembahan, perkongsian bersama belia, latihan nyanyian koir dan  berdoa Rosari bersama belia. Program Hari Belia Sedunia di Misi Paitan ini diakhiri dengan misa penutup dalam Perayaan Misa Kudus Kristus Raja pada 26 November 2023.