Disediakan oleh : Mimi Yong Meng Mee

Sandakan: Pada 2 dan 3 Disember 2023, seramai 3 pasangan peserta yang ingin mendirikan rumah tangga telah menghadiri kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan oleh Komiti Pelayanan Hidup Keluarga, gereja St Mark. Seramai 6 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada umat-umat di gereja St. Mark dan 5 orang penceramah yang dijemput khas iaitu Saudara Cesar Siruno, Saudari Eva Siruno, Saudara John Tan dan Saudara Dimeh Koyopo serta Saudari Josephine Pereira bagi membantu menjayakan kursus ini.

Kursus dimulai dengan upacara doa pembukaan dan Pentakhtaan Injil oleh Saudari Jescy Thomas. Semasa kursus ini dijalankan, para peserta diberi pendedahan dan informasi tentang buku Cinta Bijak. Antara topik-topik yang diketengahkan ialah Sebuah Misi Cinta dan Dialog Menjadi Satu yang disampaikan oleh Saudara Gilbert George dan Saudari Jescy Thomas. Bagi topik Mengenali Aku, Mengenali Mu dan Kesatuan dalam Pengurusan Kewangan disampaikan oleh saudara Fabian Koret dan saudari Eva Juria dan bagi topik Membina Kesatuan dan Seks: Pelukan Mesra Yang Suci itu disampaikan oleh saudara Linus Sipat dan saudari Mimi Yong. Topik Teman Sejiwa Seumur Hidup disampaikan oleh saudara Dimeh Koyopo dan topik Pengurusan Kesuburan Semulajadi disampaikan oleh saudari Josephine Pereira. Setiap topik yang disampaikan, para peserta berasa teruja untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam buku Cinta Bijak tersebut.

Sdra. Fabian dan isterinya Eva Juria dalam sesi mereka

Sdra. Gilbert George dan Sdri. Jescy Thomas

Sdra. Linus Sipat dan sdri. Mimi Yong

Sdra. Dimeh Koyopo dalam memberikan sesinya.

Sdri. Josephine Pereira

Selain itu, para peserta diberi peluang untuk menyiapkan tugasan secara berpasangan bagi mengeratkan lagi persefahaman antara mereka sebelum melangkah ke alam perkahwinan mengikut ajaran Kristian Katolik.

Saudara Cesar Siruno dan saudari Eva Siruno sempat menunjukkan cara menyarungkan cincin.

Kursus ini diakhiri dengan sesi bergambar antara para tenaga pengajar dan para peserta yang telah menamatkan kursus mereka dengan penuh sukacita. Tuhan Memberkati!