oleh Charis Paroki St Mary’s, Sandakan
Sandakan: Pada 13 April 2024 Pelayanan Pembaharuan Karismatik Katolik Bahasa Malaysia (CHARIS) Katedral St Mary, Sandakan telah menjemput Sr. Dorothy, FSIC untuk memberi perkongsian injil. Beliau memberi perkongsian injil yang dipetik daripada injil Yoh 6: 16-21.
Lukas 24:35-48, “Mesias harus menderita dan bangkit dari antara orang mati pada hari yang ketiga.”
Dalam perkongsian Sr. Dorothy, beliau berkongsi pengalaman hidupnya semasa masih remaja, beliau mengikuti kelompok doa sebelum menjadi seorang religius.
Dalam pada itu, beliau juga menyentuh tentang penyembuhan dalam iman adalah satu proses dan bukanlah jalan pintas untuk menjadi kudus serta mengikuti Yesus adalah tidak mudah kerana pertobatan yang sebenar harus memikul salibnya dan melalui penderitaan dalam hidup agar dapat merasai sendiri kasih Yesus secara menyeluruh dalam kehidupan.
Seterusnya, sesi perkongsian dalam kumpulan diadakan untuk memberi peluang kepada mereka yang hadir untuk memberikan perkongsian tentang pengalaman iman yang mereka lalui dalam kehidupan seharian mereka.