Laporan oleh : Mazdollyna Majalin Eborok (Soccom SDC)

St. Dominic, Lahad Datu: Hari yang dinantikan bagi semua umat paroki St. Dominic kerana dengan rasminya paroki ini telah melancarkan Hari Ulangtahun Paroki yang Ke-72 tahun pada 7 Julai 2024.

Hari pelancaran tersebut dirayakan dengan kibaran gegantung di gereja St Dominic, Lahad Datu yang terdiri daripada KKD, KPUK dan Komiti Bersedia. Seawal jam 8.50 pagi, para petugas berbaris di luar gereja. Tepat jam 9 pagi, Majlis Pelancaran berlangsung dengan perarakan Paderi dan petugas- petugas liturgi diiringi dengan lagu pembukaan.

“Sesungguhnya 72 Tahun bukanlah sesuatu peristiwa yang singkat, tetapi kamu sudah berjalan sejauh ini dan harapan saya adalah iman para umat katolik akan menjadi lebih matang dan lebih teguh dari yang sebelumnya”. Begitulah pesanan yang diberikan oleh Rev Father Stanley William Matakim pada Misa Penyempurnaan Pelancaran Hari Paroki St. Dominic yang ke-72.

Selesai sahaja ucapan dari Rev Father, tayangan video singkat telah ditayangkan kepada para umat bagi mengimbau perjalanan dan kenangan yang telah dicipta di paroki ini. Kemudian, gong dipalu oleh Pengerusi MPP sdra. Willie Binati sebanyak 7 kali dan gegantung Pelancaran Hari Paroki St. Dominic yang ke-72 dilepaskan. Pelancaran tersebut diakhiri dengan pemindahan bibit pokok ke dalam pasu dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang mencipta logo Hari Paroki ke-72 tahun iaitu Cik Vieca Sherry dari St. Gabriel, Tungku.

Kejayaan pelancaran Hari Paroki St. Dominic yang ke-72 tahun ini meyakinkan kita akan terus berpaut kepada firman dan cinta kasih Tuhan Yesus akan berkekalan selamanya. 1 Raja-raja 8:61 TB dan hendaklah kamu berpaut kepada TUHAN, Allah kita, dengan sepenuh hatimu dan dengan hidup menurut segala ketetapan-Nya dan dengan tetap mengikuti segala perintah-Nya seperti pada hari ini.”