Tawau: Tim pelayanan Katekatikal, Gereja Holy Trinity Tawau telah mengadakan satu Rekoleksi dan Pengutusan untuk semua Katekis Pembimbing paroki termasuk dari stasi-stasi luar pada 11hb Januari 2025 dari jam 7 pagi sehingga 2 petang. Seramai 130 orang telah menghadiri rekoleksi tersebut di mana 53 orang merupakan peserta dari 18 kumpulan stasi luar. Rekoleksi ini turut disertai oleh katekis pembimbing Pertemuan Minggu Gembira dari 3 kumpulan bahasa, IKD dari 3 kumpulan bahasa dan Program Kasih.

Rekoleksi ini dilaksanakan dalam 2 sesi oleh Rev. Fr. David di Dewan Katekatikal gereja. Dalam sesi pertama, Rev. Fr. mengingatkan para peserta mengenai Peranan dan Tanggungjawab sebagai seorang katekis dan kepentingan untuk SETIA kepada 7 Sakramen Gereja khususnya Ekaristi. Sesi kedua adalah sesi soal jawab tetapi Rev. Fr. David berkongsi terlebih dahulu catatan pemerhatiannya terhadap persediaan calon-calon komuni pertama dan penguatan pada tahun 2024.

Semasa sesi soal jawab, kebanyakan soalan yang diajukan oleh pihak stasi luar adalah mengenai kekurangan buku teks pembelajaran. Soalan yang lain adalah berkaitan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak gereja.

Misa Pengutusan diadakan selepas sesi soal jawab. Semua peserta dari Stasi Luar telah diutus semasa misa ini. Bagi para katekis pembimbing paroki, mereka diutus semasa Misa Bahasa Inggeris dan Misa Bahasa Malaysia.