Artikel : Majlis Pastoral Paroki
Gambar : SOCCOM Lahad Datu

St. Dominic ๐‹๐š๐ก๐š๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ: Perhimpunan Pastoral Paroki Gereja St. Dominic, Lahad Datu yang merujuk kepada dokumen Amoris Laetitia telah diadakan pada 24 dan 25 Januari 2025. Program ini melibatkan penyertaan seramai 186 peserta, yang terdiri daripada wakil umat dari KKD/KPUK serta beberapa stasi luar di bawah naungan Paroki St. Dominic, Lahad Datu. Sebanyak 18 orang AJP Majlis Pastoral Paroki dan AJP Komiti MPC bertanggungjawab mengendalikan program ini.

Perhimpunan bermula pada jam 7:00 malam, 24 Januari 2025, di dewan gereja dengan pendaftaran peserta seterusnya kata-kata aluan serta doa pembukaan oleh Rev. Fr. Stanley W. Matakim, diikuti dengan makan malam. Sesi dimulakan dengan aktiviti “ice-breaking“, diikuti dengan pembentangan Bab 1, 2, dan 3 sehingga jam 10.30 malam. Doa penutup hari pertama dipimpin oleh Rev. Fr. Stanley W. Matakim.

Pada keesokan hari, program diteruskan dengan Misa pagi seawal jam 6.30 pagi yang dipimpin oleh Rektor Paroki, Rev. Fr. Stanley W. Matakim. Selepas itu, sarapan pagi sambil beramah mesra bersama umat. Perbualan Rohani pusingan pertama bermula pada jam 8 pagi hingga 9.30 pagi, di mana peserta dibahagikan kepada kumpulan mengikut kategori umur dan ahli setiap meja dalam 10 – 12 ahli untuk membuat renungan dan perkongsian.

Pembentangan Bab 4, 5, dan 6 diteruskan pada jam 9:45 pagi hingga 10:45 pagi, diikuti dengan Perbualan Rohani kedua pada jam 11:00 pagi hingga 12:30 tengahari, memberi peluang kepada peserta untuk menilai dan merenung hasil perbualan mereka sebelumnya.

Selepas itu, peserta berehat dan menikmati makan tengahari dari jam 12:30 tengahari hingga 1:30 petang. Sesi nyanyian lagu pujian dilakukan sebelum pembentangan Bab 7, 8, dan 9 bermula pada jam 1:45 petang hingga 2:45 petang.

Perbualan Rohani ketiga dan terakhir diadakan pada jam 3:00 hingga 4:30 petang, di mana peserta diberikan kesempatan untuk berkongsi idea atau langkah-langkah tindakan berdasarkan soalan yang diberikan.

Sebelum program berakhir, beberapa peserta mewakili kumpulan mereka berkongsi hasil rumusan perbincangan. Program ditutup dengan ucapan terima kasih oleh Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, Encik Willie Binati, yang menyatakan penghargaan kepada semua yang hadir dan memberitahu bahawa kesinambungan program ini akan diteruskan. Beliau menjelaskan bahawa program ini bertujuan untuk membantu peserta dan umat memahami lebih mendalam mengenai dokumen-dokumen Paus Fransiskus, yang merupakan permulaan kepada persediaan yang ekstensif/menjangkau luas dengan campur tangan dan bimbingan Tuhan.

Perhimpunan ini diakhiri dengan doa penutup oleh Rev. Fr. Stanley W. Matakim, diikuti dengan minum petang dan sesi bergambar bersama.