LAHAD DATU– Pada 8 Ogos 2025, Paroki St. Dominic, Lahad Datu telah menganjurkan Konsert Rohani buat julung kalinya, atas bantuan Penganjur Komiti Charis Paroki St. Dominic. Konsert ini adalah salah satu aktiviti bagi merayakan sambutan Hari Ulang Tahun Paroki St. Dominic Ke-73 tahun.

Acara ini bertujuan untuk memuji dan memuliakan Tuhan melalui nyanyian rohani, serta merapatkan hubungan iman dan persaudaraan antara umat di sekitar gereja St. Dominic dan luar daerah Lahad Datu

Konsert ini menampilkan pelbagai persembahan dari Komiti Neocatechumenal Way, ahli koir dan pemazmur gereja St. Dominic, dan kumpulan pemuzik tempatan Rassat Blues yang ketuai oleh Saudara Henry Mahai, dan artis jemputan khas Rhowell Roland dan Lyron Felix.

Lyron Felix

Rhowell Roland

Kehadiran seramai 300 lebih umat yang sangat memberangsangkan, memenuhi ruang dewan gereja St. Dominic dengan suasana penuh sukacita dan semangat rohani.

Acara berakhir dengan ucapan terima kasih dan doa penutup oleh Rektor Paroki Rev. Fr. Stanley William Matakim, dan bersurai meninggalkan kenangan manis serta semangat baru untuk terus melayani Tuhan.