“Taj Mahal di India adalah salah satu monument yang tergolong dalam 7 keajaiban dunia yang disiapkan selama 17 tahun, juga sebagai lambang kebesaran dan keagungan cinta seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya. Jika dunia ini memiliki banyak wanita yang pantas dicintai, begitu juga dengan gereja yang juga memiliki seorang tokoh wanita yang sungguh menakjubkan, Bonda Maria, ibu Yesus.
Bonda Maria bukan sahaja dimuliakan oleh gereja tetapi juga oleh Tuhan, yang digambarkan oleh Yohanes di dalam kitab Wahyu 12:1, ‘Maka tampaklah sesuatu tanda besar di langit seorang perempuan berselubungkan matahari dengan bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dari 12 bintang di atas kepalanya. Pengangkatan tubuh dan jiwa Maria adalah satu moment terindah yang diberikan oleh Tuhan kepada Maria,’ begitulah sedikit-sebanyak perkongsian Rev Father Marcelinus di dalam homili beliau.
Selesai sahaja Misa Kudus, acara dimulakan dengan pemotongan reben kemudian Tarian Hedung dan Seleng ditarikan bagi mengiring Rev Father Marcelinus serta rombongan ke pentas dataran terbuka St. Dominic.
Setibanya mereka di tempat yang disediakan lagu Kemerdekaan Indonesia dimainkan dan semua yang hadir turut berdiri untuk menunjukkan tanda hormat mereka. Bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini pelbagai jenis sukaneka juga turut dianjur, antaranya:
Sambutan kali ini bukan sahaja sangat bermakna bagi rakyat Indonesia yang jauh di perantauan namun jelas kelihatan kesatuan yang wujud di mana semua umat dari berbagai kewarganegaraan, bangsa serta keturunan bersatu dan memberi sokongan di dalam perayaan ini.



