Tim Dokumentasi YPL
![]() |
| Natasha Aronee Melchior |
Saya gembira kerana diberi peluang untuk mengongsikan pengalaman saya baik manis mahu pun pahit kepada para peserta. Saya juga gembira kerana dapat kembali dengan Tuhan setelah sekian lama tidak ke gereja. Selain itu, saya dapat mengimbas kembali sesi-sesi yang saya telah belajar pada YPL Batch 3 tahun lalu. Seterusnya, ia mengingatkan saya perkara-perkara yang boleh memusnahkan diri saya kepada hal-hal negatif. Saya berazam tidak akan mengikuti jalan yang salah ketika tidak berada dalam kawalan ibubapa. Dalam Yesus, kita akan menemui jalan, menemui kebenaran dan memperolehi hidup, hidup yang kekal. Natasha adalah salah seorang daripada barisan fasilitator program YPL Batch 4.
![]() |
| Sloane, St. Martin Telupid |
Dalam sepanjang masa saya mengikuti program YPL ini, saya dapat merasakan bahawa saya sangat dikasihi dan diberkati oleh Tuhan selama ini. Sepanjang penyertaan saya di dalam program ini, Tuhan telah memberikan kepada saya pelbagai jenis perasaan seperti gembira, sedih, rasa bersalah, penuh kasih dan sebagainya. Saya tahu bahawa Tuhan memberikan saya perasaan ini agar saya dapat terus bertumbuh dan berakar dalam pelayanan saya sebagai seorang belia. Perasaan dikasihi itu adalah perasaan yang sangat indah pernah saya alami. Selain itu, dalam program ini juga, secara peribadinya saya dapat mengenali siapakah diri saya yang sebenarnya dan apakah peranan saya sebagai seorang anak, pelajar dan juga pelayan di dalam gereja. Saya bersyukur kerana setiap sesi yang diadakan dalam program YPL ini membuatkan saya mengetahui kelemahan yang ada pada diri saya. Saya bertekad memperbaikinya untuk menjadi lebih bermakna untuk keluarga, gereja, orang di sekeliling saya dan Tuhan. Namun begitu, apa yang paling berharga dalam diri saya adalah keluarga YPL yang saya perolehi dalam program ini. Setiap peserta yang hadir dalam program ini saya anggap sebagai ahli keluarga saya dalam kasih Tuhan Yesus. Akhir sekali, saya berharap agar program ini dapat menjadi sumber santapan rohani apabila saya menjejakkan kaki ke dunia realiti.
Saya juga berharap agar mereka yang membaca perkongsian ini terdorong menyertai program YPL yang akan datang dan ianya memang sangat bermakna bagi anda semua. Saya akan akhiri perkongsian ini dengan ayat yang saya pegang dalam nama Tuhan; “When we want to follow Jesus, it doesn’t mean that we must have a friend beside us because sometimes Jesus wants us to walk alone with him. In this way we can really understand what Jesus really wants from us in this life. Amen”. Ayat ini telah menjadi sumber kekuatan kepada saya sepanjang keberadaan saya dalam YPL ini dan puji Tuhan, saya telah bertahan dalam program ini sehinggalah graduasi. Alleluya dan Tuhan memberkati. Amen.
| Angelica Del Rosario, Katedral St. Mary Sandakan |


