Tim Dokumentasi YPL
SANDAKAN : Hari keenam, 3hb Mei 2014 bermula dengan misa harian yang dirayakan oleh Rev. Fr. Philip Moiji. Dalam khotbahnya, beliau menekankan bahawa kita harus mendekati diri kepada Kristus, lebih mengenali, lebih menyayangi dan lebih melayani Dia. Sebagai umat Kristus kita dipanggil saling mengasihi sesama.
Ahad, 4hb Mei adalah hari terakhir program YPL Level 1. Semua peserta juga para fasilitator menghadiri perayaan Ekaristi di Katedral St. Mary Sandakan. Selepas misa, para peserta dibenarkan ke bandar Sandakan untuk membeli barang-barang keperluan sebelum pergi ke St. Anthony, Bukit Garam untuk meneruskan program Level 2. Para peserta berkumpul semula pada sebelah malam untuk sesi penerangan sebelum bertolak ke Bukit Garam keesokan harinya.
Selain itu, ia juga adalah satu persiapan untuk diri mereka sebelum melanjutkan pelajaran atau bekerja di bandar-bandar besar. Pada masa yang sama, ia adalah satu persiapan untuk para peserta sebelum menyertai program Level 2. Di sini, mereka diberi tugasan untuk memasak buat semua peserta dan fasilitator. Ia merupakan satu peluang dan pengalaman yang baik untuk semua peserta yang akan didedahkan cara memasak disamping belajar untuk bekerjasama dengan orang yang berbeza latar belakang.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada peribadi-peribadi seperti ‘Orang Samaria yang baik hati’ yang telah menderma makanan juga kewangan buat program ini.



