Tim Dokumentasi YPL
Seramai 32 orang peserta yang datang dari Sandakan, Telupid, Lahad Datu dan Tawau telah mengikuti program YPL ini. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Faith, Hope, Love dan Justice. Pada misa pembukaan yang dirayakan oleh Rev. Fr. Sunny Chung, didalam khotbah nya berkata, “kalau kita tidak dilahirkan dari Roh Kudus dan air, kita akan tetap sama seperti biasa dan tidak akan dilahirkan semula dan menjadi orang yang baru”. Selain itu, Rev. Fr. Sunny juga bercakap tentang cabaran masa kini yang dihadapi golongan remaja dan belia.
“Sekiranya kita menyertai aktiviti ini secara fizik sahaja tanpa hati ianya sama seperti kita datang hanya sekadar untuk berseronok sahaja.” Oleh itu, beliau mengajak para belia untuk benar-benar menghayati dan mendalami segala input yang disampaikan dalam kem tersebut selama dua minggu.
Sesi kedua disampaikan oleh Sr. Maria Dipal iaitu, “Peringkat Kehidupan Seorang Manusia”. Dalam sesi ini, ia banyak mendedahkan kepada para peserta mengenai apa yang berlaku di setiap peringkat kehidupan seorang manusia dari sejak mereka dilahirkan sehinggalah di hari terakhir mereka. Pada masa yang sama, ia juga membantu para belia untuk memahami dan menghargai diri masing-masing dan menghormati kawan-kawan mereka.
Seterusnya, sesi ‘You are Special’, Saudari Anna memaparkan sebuah video iaitu tentang seorang lelaki yang sering kali disisihkan oleh masyarakat kerana dia seorang yang tidak dapat melakukan apa yang orang lain boleh lakukan. Diakhir cerita itu lelaki tersebut berjumpa penciptanya dan dia bertanya kepada pencitanya, “Kenapa saya dilahirkan sebegini?”, lalu penciptanya mengatakan “Saya tidak pernah membuat kesilapan ketika saya mencipta kamu”.
Program diakhiri dengan “Craddling” sebagai doa malam. “Craddling” adalah dimana para belia digalakkan untuk melepaskan segala-gala kerisauan yang ada didalam diri mereka dan membenarkan orang lain untuk berdoa untuk diri mereka.




