SANDAKAN, 7 – 8 Mac, 2009.

Secular Franciscan Order Katedral St. Mary’s, Sandakan dan Gereja Our Lady Fatima, Beluran telah mengadakan rekoleksi musim puasa selama satu hari bertempat di Fr. Mulder Centre dan keesokan hari penziarahan sempena Tahun Santo Paulus di Gereja St. Paul, Ulu Dusun.

Rekoleksi dimulakan dengan sesi pengakuan dan seterusnya Fr. Paul Lo memberi ceramah mengenai perjalanan hidup Santo Paulus, bersesuaian dengan musim puasa ini yang menggesa kita untuk bertobat dan percaya kepada injil. Fr. Paul juga mengatakan bahawa pertobatan itu adalah rahmat dari Tuhan. Sebagaimana Santo Paulus yang sebelumnya adalah seorang yang menganiaya umat kristian pada masa itu, telah mendapat rahmat dari Tuhan dengan penglihatan yang baru yang berpusatkan kepada Kristus. Fr. Paul juga mengatakan bahawa hidup kita ini adalah sebuah penziarahan. Dan seharusnyalah dalam penziarahan kita ini, kita harus berdoa untuk dapat bertemu dengan Kristus.

Sr. Lilian meneruskan sesi dengan ceramah berkenaan dengan “Doa” yang memfokuskan Santo Fransiskus dari Asisi sebagai bapa rohani bagi SFO, dimana Santo Fransiskus adalah seorang pendoa. Pendek atau panjangnya doa kita itu, seharusnya lahir dari hati yang bersih dan ikhlas. Dengan berdoa kita menjalinkan hubungan yang penuh cintakasih dengan Tuhan.

Sr. Liliana dengan ceramah berkenaan dengan “Sedekah dan Puasa”. Masa prapaska inilah masa untuk pembaharuan diri. Dimana dalam masa prapaska ini kita harusnya bertekad untuk meninggalkan tabiat-tabiat kita yang tidak baik dan mengamalkan kebajikan untuk orang lain, sebagaimana Mother Theresa yang hidupnya adalah kebajikan.

Penziarahan ke Gereja St. Paul pada keesokan harinya dimulakan dengan Jalan Salib diluar gereja. Dalam keadaaan matahari yang panas terik pada masa itu, sambil merenungi kesengsaraan Tuhan Yesus, memberi kesedaran kepada para perserta SFO betapa besarnya kasih Tuhan Yesus kepada kita dengan keadaan diri yang sakit, berdarah dan tidak berdaya, masih sanggup memikul salip ke puncak kalvari dan sanggup mati untuk dosa-dosa kita.

Para peserta rekoleksi SFO berpeluang merayakan misa kudus bersama-sama dengan umat di St. Paul, Ulu Dusun yang diselebrankan oleh Fr. Paul Lo. Dan selepas misa kudus sesi bergambar bersama Fr. Paul dengan para peserta rekoleksi SFO. Rekoleksi pada hari itu diakhiri dengan beberapa perkongsian dari sister dan para peserta.