Ulangtahun ke-73 peringkat Keuskupan Sandakan



Para Sister dari 3 Konven di Keuskupan Sandakan bergambar bersama Fr Jasery Gabuk
. Berdiri sebelah kanan Fr Jasery ialah Sr. Veronica dan kiri adalah Sr Lawrencia dari Diocese Keningau.

Lahad Datu: Kongregasi Tempatan The Franciscan Sisters of the Immaculate Conception” (FSIC) merayakan Ulangtahun kewujudannya di Sabah pada 16 Jun setiap tahun. Perayaan ini dirayakan bagi peringkat keuskupan. Selama tiga hari berturut-turut, sebelum ulangtahun ini dirayakan, doa khas (Triduum) telah diadakan oleh setiap komuniti para Sister FSIC. Doa pada hari pertama didedikasikan kepada pengasas FSIC, Msgr. August Wachter, hari ke-2 untuk 4 orang Sister FSIC yang pertama dan hari ke-3 pula dengan tema Reaching Out.



Ramai umat hadir sebagai tanda penghormatan, terima kasih dan sokongan terhadap hidup pelayanan Para Sister FSIC.

Bagi Keuskupan Sandakan, tahun 2009 sambutan Misa Kudus kesyukuran sempena Ulangtahun yang ke-73 telah dirayakan oleh Fr Jasery Gabuk di Gereja St Dominic, Lahad Datu. Lebih kurang 100 orang umat telah menghadiri misa itu bersama dengan 9 orang sister yang datang daripada tiga komuniti di Keuskupan Sandakan iaitu 2 orang sister dari Konven St Augustine, Lahad Datu, 4 dari Konven St Clare, Tawau dan 3 dari Konven St Mary, Sandakan.



Pengorbanan yang paling besar, Para Sister mempersembahkan seluruh kehidupan untuk menjadi pelayan bagi Tuhan.



(Kiri) Sewaktu menyambut Tubuh dan Darah Kristus (Kanan) Koir Belia St Dominic, Lahad Datu

Dalam homilinya, Fr Jasery Gabuk menjelaskan tentang pelayanan para sister di seluruh Sabah. Dia juga mengatakan bahawa kehidupan para sister merupakan satu pengorbanan yang berasaskan cinta kasih Kristus dan hidup kemiskinan para sister memperkayakan iman orang lain melalui pelayanan mereka.





Upacara pemotongan kek Ulangtahun


Selepas Misa kesyukuran tersebut semua umat yang hadir telah dijemput ke dewan untuk jamuan makan malam. Upacara pemotongan kek Ulangtahun telah disempurnakan oleh semua sister bersama Fr Jasery Gabuk. Selepas itu, Sr. Appollonia sebagai wakil kepada para sister, mengambil kesempatan dalam ucapannya untuk berterima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan sambutan perayaan tersebut. Dia juga berharap agar perayaan seperti itu dapat memberi inspirasi kepada para belia untuk merenungkan serta memberanikan diri mereka agar menyahut panggilan Tuhan menjadi pekerja di ladangNya.

Dalam masa yang sama, Sr. Lilian Unsoh juga telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan para sister FSIC dengan Slide presentation mengenai dengan sejarah kewujudan FSIC di Sabah, pelayanan, tahap-tahap pembentukan serta kelayakan untuk menjadi seorang FSIC. Selepas itu, telah diumumkan bahawa Sambutan Ulangtahun yang ke-74 pada tahun depan akan diadakan di Gereja Holy Trinity, Tawau.



(Kiri-Kanan) Sr Hilda Gundolot, Sr Lilian Unsoh, Sr Tauria Taurin, Sr Liza Jamat, Sr Appolonia Gumpu, Mother Aquinas Voon, Sr Veronica Kandaung, Sr Liliana Gubud, Sr Florence Jidang

Firman Tuhan datang kepadaku, bunyinya: “Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.” (Yer 1:4-5)