Para penerima Komuni Pertama bersama Fr Thomas Makajil

Sandakan: Ahad, 22hb November 2oo9, seramai 41 kanak-kanak kini menjadi milik Yesus kerana telah layak menerima Sakramen Komuni Pertama di Gereja St Mark.

Adik Grettel sebagai pembaca pertama

Adik Darren, pembaca kedua

Fr Thomas Makajil, celebran Misa Kudus tersebut menyampaikan mesej yang penuh makna dalam kutbah beliau. “Kerajaan Yesus bukan di dunia ini tetapi ada dalam hati manusia yang mendengar kebenaran. Kristus ialah Raja Kerajaan Syurga.”
Fr Thomas sempat merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama pelbagai pihak yang telah menjayakan upacara tersebut.


Pengerusi Kateketikal St Mark, Stephen Mariyoh berkata, ibubapa perlu menghantar anak-anak mereka belajar di kelas Pertemuan Minggu Gembira (PMG) seawal umur mereka mencecah 7 tahun (Tahap 1) agar mereka dapat mengikuti susunan Siri Pembelajaran PMG dari tahun ke tahun hingga ke siri ke-10.

Oleh Edna Umbun