KKD Merak yang ditubuhkan pada Januari 2007, adalah gabungan tiga taman perumahan yang berdekatan iaitu Taman Merpati, Rajawali dan Kenari yang terletak hampir 12 km dari Bandar Sandakan.
Matheus Sodomon, selaku Koordinator KKD tersebut, dalam ucapan alu-aluannya menyeru para umat Katolik setempat agar terus mengamalkan hidup berjiran berasaskan komuniti gereja awal yang membolehkan gereja berkembang dengan ikatan tali persaudaraan yang berterusan.
Menurut beliau seramai 30 orang pemimpin yang berpotensi telah dikenalpasti dan dilatih dalam pembentukan KKD. Kesemua pemimpin ini telah didedahkan kepada pemahaman secara jelas erti KKD serta cara memulakan dan mengekalkan KKD.
‘Semoga mereka akan menyahut kepada seruan Bapa Uskup Julius yang telah meletakkan KKD sebagai tunggak pastoral Keuskupan Sandakan.’
Acara-acara yang diadakan meliputi;
• Persembahan koir
• Pertandingan tiup belon
• Ratu fesyen kanak-kanak
• Musical chair
• Cabutan tiket bertuah
• ‘Countdown’ untuk menyambut tahun baru 2010
‘Selamat menyambut Tahun Baru 2010’
Kenangi masa lampau dengan penuh kesyukuran, hargai setiap detik masa kini dan hadapi masa depan dengan semangat keyakinan.
Semoga Yesus Kristus, Tuhan yang mahakuasa bersama dan memberkati kami semua, sekarang dan sepanjang masa. Amen!
DS