Paulus Salin (sedang berdiri berbaju merah) memerhatikan proses pendaftaran berjalan.


Sulpicius Simen, Aspirant yang sedang bercuti turut datang membantu.

Sandakan : Proses mendaftar murid-murid baru PMG Bahagian Bahasa Malaysia Katedral St Mary, pimpinan Paulus Salin telah berlangsung di Pusat Katekatikal Fr Mulders pada pagi Ahad, sebaik sahaja selesai misa kudus, Januari 10hb, 2010.

Pembimbing-pembimbing PMG yang kesemuanya merupakan sukarelawan telah menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam proses mendaftar murid-murid yang baru dan pendaftaran semula bagi murid-murid yang lama.

Sr Liliana Gubod, fsic meluahkan akan kekurangan tenaga pengajar terutamanya untuk kelas IKK. Beliau menyeru kepada para ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas tersebut agar dapat menyumbang tenaga sebagai pengajar samada di kelas PMG mahupun IKK.
Pada tahun lalu, jumlah keseluruhan murid PMG di Katedral hampir mencecah 900 orang dengan 540 orang (60%) dalam bahagian BM yang dipimpin seramai 12 orang guru.

” Bilangan murid yang mendaftar amat memberansangkan namun kekurangan tenaga pengajar akan membawa sedikit kesan terhadap proses pembelajaran nanti. Oleh yang demikian, saya memanggil kepada individu-individu yang berdedikasi dan berkemampuan untuk menyumbang ilmu terutamanya kepada para ibubapa dan guru-guru sekolah serta yang berpengalaman dalam bidang pendidikan untuk tampil ke hadapan demi masa depan iman yang teguh kanak-kanak Kristian Katolik,” kata Sr Liliana.