Agnes Gaduka, selaku Pengerusi Catholic Nurses’ Guild, Katedral St Mary amat berterima kasih kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan penyertaan dari kalangan bukan jururawat iaitu ‘health care workers’.
Sr Lilliana Gubod fsic, penasihat rohani, telah menyampaikan sesi ceramah bertajuk kejururawatan sebagai panggilan dan merujuk kepada petikan Mk: 10:46-52.
‘Jururawat bukan hanya memberi ‘health care’ tetapi juga ‘spiritual care’, kata Sr Liliana fsic.
Fr Peter Kim yang bertugas di Major Seminari Yangon, Myanmar yang kebetulan berada di Sandakan, dalam ceramahnya menyentuh mengenai tugas jururawat mencontohi pengorbanan Yesus Kristus, bersifat belas kasihan (compassion), penuh dengan kasih sayang (love) yang akan membawa penyelamatan (salvation). Jururawat, menurut Fr Kim, diumpamakan sebagai ‘wounded healer.’
Para peserta berpeluang menonton tayangan video ‘silence scream’ yang mempamerkan betapa kejamnya pengguguran bayi yang dilakukan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan, suatu tindakan yang bertentangan dengan misi penyelamatan.
Rekoleksi berakhir dengan misa kesyukuran di Chapel St Mary.
oleh : SN Easther Yap