TELUPID  Komiti Kehidupan Keluarga Kristian Paroki St Martin telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan siri 1/2010 bermula 12 hingga 14 Mac, di Dewan Bishop Simon Fung, disini, baru-baru ini
Kursus selama tiga hari tersebut telah dihadiri oleh 17 pasangan yang datang dari lima zon dalam Paroki Telupid.
Penyelaras komiti ini, Helena Salati berpuas hati dengan sambutan yang diberikan walaupun bilangan yang kecil namun komitmen peserta sangat memuaskan.
Sebanyak 13 sesi telah dilalui oleh peserta yang meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan berkeluarga dari 
 “Peranan Ibubapa dalam Keluarga” hinggalah “Pengurusan dan Penggunaan Wang dalam Keluarga”. Tidak ketinggalan ceramah tentang “Sex Dalam Perkahwinan”, “Kerohanian Keluarga” selain “Konsep PKS”, “Kesedaran Kesuburan”, “Kaedah Ovulasi”, termasuk “Tafsiran Carta, Cara Latihan dan Penggunaan Carta”.
Turut menyampaikan ceramah ialah Fr. Marcellinus Pongking selaku Paderi Paroki – “Liturgi Perkahwinan”- “Sakramen Perkahwinan” dan “Undang-Undang Perkahwinan Gereja”. Diakhir kursus Fr. Marcel menasihati para peserta supaya terus memupuk keharmonian rumahtangga dengan mencontohi Keluarga Nazareth. 

SOCCOM Paroki St Martin Telupid